Mengesan Kadar Gula Dalam Darah


Kalau nak pastikan samada petua diabetes Maklong ini berkesan atau tidak, Mak long sarankan cuba dapatkan glucometer. Glucometer ini boleh didapati di kebanyakan farmasi. Glucometer digunakan untuk mengesan kadar gula dalam darah dan ini boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Tak payah tunggu hingga berjumpa doktor untuk check kadar gula dalam darah kerana kalau ini dilakukan sendiri di rumah penyakit diabetes dapat dikawal dari menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain yang sukar untuk diubati.

Set glucometer terdiri dari meter pembaca kadar gula, test strip, lancet (jarum halus) dan lancet pen. Lancet atau jarum halus biasanya dipakej dalam kotak dan setiap lancet hanya boleh digunakan untuk sekali bacaan saja. Ia tidak boleh dikongsi antara dua orang. Untuk bacaan baru kena guna lancet baru setiap kali.

Untuk mendapatkan bacaan,
  • Masukkan lancet ke dalam pen lancet dan ketatkan;
  • Pasang suis meter dan masukkan test strip kedalam meter;
  • Bersihkan hujung jari dengan alcohol pad dan picit jari supaya darah mudah keluar;
  • Dengan bismillah, letakkan pen betul-betul pada tengah hujung jari dan tekan punat pen supaya jarum lancet dapat mencucuk hujung jari dengan baik;
  • Titiskan darah pada test strip dan perhatikan meter mula memproses bacaan.
Idealnya kadar bacaan kadar gula yang normal adalah dalam julat antara 4 – 7 mmol/l dalam keadaan perut kosong; kurang dari 10 mmol/l 90 min selepas makan dan lebih kurang 8 mmol/l sebelum  tidur. Kadar ini boleh berbeza antara individu jadi sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Amalkan mengambil bacaan setiap selepas bangun tidur sebelum sarapan. Rekodkan ke dalam buku catitan dan elok kalau buku catitan ini dibawa bersama ketika berjumpa doktor.

http://maklongskitchen.wordpress.com/2009/11/17/mengesan-kadar-gula-dalam-darah/

2 comments:

  1. Kasiat daun misai kucing

    Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...