Seorang Maut Setiap 7 Saat Akibat Diabetes


KUALA LUMPUR – Maklumat Federasi Diabetes Antarabangsa (IDF) memaklumkan seorang maut setiap tujuh saat akibat penyakit diabetes di seluruh negara.

Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya melalui satu kenyataan memberitahu, angka kematian itu sangat membimbangkan dan memerlukan perhatian semua pihak.

“IDF turut mendedahkan bahawa 366 juta orang menghidap penyakit diabetes dan satu daripada lima orang dewasa berpotensi menghidapnya.

:Penyakit diabetes merupakan ancaman kesihatan utama pada masa kini dan impak diabetes terhadap seseorang pesakit sangat besar,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, kata kenyataan itu, Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya dan Pusat Pakar Sime Darby Megah akan mengadakan aktiviti untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara itu bermula 11 November ini.

Menurut kenyataan itu, aktiviti termasuk forum kesihatan, info diet, kaunseling kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma (BP, BMI dan pemeriksaan ujian glukos di dalam darah) itu akan berakhir pada 14 November 2011.

:Kesemua pemeriksaan ini adalah percuma kepada semua orang ramai,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

http://mynewshub.my/2011/11/10/seorang-maut-setiap-7-saat-akibat-diabetes/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...