Panduan Penjagaan Buah Pinggang Bagi Penghidap Diabetis

 

Tahukah anda bahawa semakin banyak orang yang telah didiagnosis mempunyai penyakit buah pinggang tidak berfungsi.Di Amerikat sahaja,100000 orang telah didiagnosis mengalami kerosakan buah pinggang setiap tahun.Ini berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh United States Renal Data System 2007 Annual Data Report. Dan apa yang membimbangkan ialah hampir 44% kes baru kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh penyakit diabetis.

Diabetes adalah suatu penyakit di mana glukosa darah (atau gula darah) berada di atas paras normal. Pesakit diabetes mempunyai masalah menukarkan makanan menjadi tenaga. Selama bertahun-tahun, glukosa darah menjadi tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf dan pembuluh darah, mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, stroke, kebutaan, penyakit buah pinggang, saraf, dan jangkitan gusi.

Penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes disebut penyakit buah pinggang diabetes, atau nefropati diabetes. Hal ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Selama proses tersebut, unit penapisan kecil buah pinggang perlahan-lahan mulai rosak. Tanpa rawatan, hal ini boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD) atau membawa kepada kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang adalah suatu keadaan yang sangat merbahaya di mana buah pinggang gagal membuang sisa-sisa tubuh. Sisa berbahaya yang terkumpul di dalam badan akan mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Anda perlu menjalani rawatan dialisis dengan segera atau menjalani pemindahan buah pinggang.

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, memainkan peranan utama dalam perkembangan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kemungkinan seseorang mendapat penyakit buah pinggang akan lebih tinggi sekiranya mereka mempunyai hipertensi atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi. Selain itu, perkembangan penyakit buah pinggang yang ada akan dipercepatkan lagi oleh hipertensi. Oleh itu pengesanan awal dan rawatan hipertensi walaupun diperingkat awal sangat penting bagi pesakit diabetes.

Sesungguhnya, diabetes boleh menyebabkan komplikasi serius dan sebahagian daripadanya tidak dapat dipulihkan, seperti penyakit buah pinggang. Tetapi anda boleh melakukan sesuatu untuk mencegah atau melewatkan datangnya penyakit buah pinggang jika anda mempunyai diabetes.

Berikut ini adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai diabetes.
1. Anda perlu memeriksa kadar gula dalam darah anda.

Jadikan bacaan kadar gula dalam darah anda sentiasa berada di paras normal atau paling kurang hampir dengan bacaan normal semampu yang anda boleh.Setiap kali anda menyemak gula darah anda, tulis nombor dalam buku nota anda. Anda sebenarnya boleh menguruskan diabetis anda dengan secara fizikal aktif mengikuti rancangan makanan yang sihat, dan mengambil ubat yang telah dideskripsikan kepada anda.

Pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk menguruskan diabetis adalah  Pengurusan Glukosa Darah Secara Intensif. Ini adalah kaedah rawatan untuk mencegah dan melambatkan penyakit buah pinggang pada pesakit diabetes. Kaedah rawatan  ini sangat baik untuk pesakit diabetis, terutamanya bagi mereka yang baru di peringkat awal penyakit buah pinggang kronik.Rawatan  ini bertujuan untuk menjaga kadar gula darah agar sentiasa mendekati paras normal. Ini termasuk:
  • Kerap menjalani ujian gula darah
  • Mengikuti panduan diet dan aktiviti yang telah dirancang
  • Mengawal pengambilan insulin sepanjang hari berdasarkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal
  • Mendapatkan nasihat panduan kesihatan secara teratur
2. Sentiasa mengawal  tekanan darah anda.

Institut Kebangsaan Jantung, Paru-Paru dan Darah mengesyorkan supaya pesakit diabetis harus memastikan tekanan darah mereka berada di bawah 130/80 untuk membantu mencegah kerosakan buah pinggang.Melalui  perancangan makan, ubat-ubatan, dan aktiviti fizikal yang yang teratur boleh membantu mengawal tekanan darah anda.Dengan menjaga tekanan darah anda agar  berada di bawah kawalan juga boleh melambatkan atau menghalang komplikasi diabetes yang lain.

Jika anda sudah mengalami kerosakan buah pinggang, tanyakan kepada doktor anda jika anda harus mengambil pil untuk melambatkan lagi kerosakannyanya. Terdapat dua jenis ubat-ubatan  yang disebut angiotensin converting enzim (ACE) inhibitor dan angiotensin reseptor blocker (ARB),didapati boleh melindungi buah pinggang sambil menurunkan tekanan darah.

3. Anda harus mengikuti diet pemakanan secara sihat.

Anda boleh berbincang dengan doktor anda atau ahli gizi pemakanan tentang diet pemakanan yang tepat. Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, doktor mungkin akan menyuruh anda agar mengurangkan pengambilan makanan berasakan protin, seperti daging.Ini  kerana makanan yang tinggi sumber protin boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang anda. Para ahli mengesyorkan bahawa meraka yang mempunyai penyakit buah pinggang diabetes agar mematuhi pengambilan diet berprotin yang telah disyorkan kepada mereka.

4.  Buat ujian darah dan air kencing  sekurang-kurangnya 4 kali setahun.


Tujuan dilakukan ujian air kencing ialah untuk mengesan kemunculan protin dalam urin dan ujian darah untuk memeriksa kreatinin. Keputusan ujian ini akan dapat memberitahu kita seberapa baik buah pinggang anda berfungsi.

5.   Elakkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.


Untuk jangka masa panjang, pengambilan ubat penahan sakit, seperti aspirin atau acetaminophen, boleh merosakkan buah pinggang. Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya anda mengambil ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit yang agak kronik.Mereka boleh mengesyorkan kepada anda ubat-ubat alternatif untuk mengurangkan rasa sakit anda tanpa memberikan risiko kepada buah pinggang anda.
Jika anda mempunyai diabetes atau hipertensi, anda mesti melakukan pemeriksaan secara teratur dan ingat supaya sentiasa pastikan agar kandungan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah anda sentiasa mendekati paras normal. Dengan melakukan ini, anda sebenarnya telah memberikan suatu bantuan besar untuk buah pinggang anda.

http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/panduan-penjagaan-buah-pinggang-bagi-penghidap-diabetis/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...