Berjaya Cipta Penawar Diabetes

Berjaya cipta penawar diabetes
Dr Daing (tengah) melihat produk yang dihasilkan Hui Ni.

KUANTAN  - Penuntut tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seah Hui Ni dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Best of the Best’ kategori pelajar melalui Ekspo Rekacipta, Inovasi, Teknologi dan Penyelidikan (Citrex) sempena Hari Terbuka UMP di kampus Gambang di sini.

Gadis berusia 23 tahun berasal dari Pontian, Johor itu berjaya menghasilkan penawar penyakit diabetes atau kencing manis daripada pokok misai kucing dalam bentuk kapsul.
Kajian dan penyelidikan yang dihasilkan bertajuk ‘Phenolic-Rich Microcapsule From Orthosiphon Stamineus itu berjaya menewaskan 23 penyertaan lain. Malah, Hui Ni turut menerima pingat emas bagi penyelidikan itu.

Nui Hui akui berbangga dan berpuas hati apabila hasil usahanya selama ini membuahkan kejayaan.
“Produk ini akan dikomersialkan dan saya sudah menandatangani perjanjian bersama sebuah syarikat iaitu Cosway pada 2014. Syarikat berkenaan akan memasarkan kapsul misai kucing ini,” katanya kepada pemberita pada majlis itu, kelmarin.

Katanya, keputusan untuk menghasilkan kapsul misai kucing dipilih atas beberapa faktor iaitu selain membantu pesakit diabetes, bahan asas ini sangat mudah diperoleh tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Malah katanya,  ramai masyarakat di negara ini menghidap diabetes dan itu antara sebab dia sedaya upaya mencuba menghasilkan produk untuk merawat penyakit berkenaan.

Pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UMP dan Institut Sukan Negara serta Silterra Malaysia Sdn. Bhd.

Sementara itu,  Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, Citrex 2016 yang memasuki tahun keempat penganjuran menyaksikan pengembangan skopnya dengan membuka penyertaan kepada sekolah menengah.

“Saya harap jawatankuasa penganjuran akan melipatgandakan promosi agar lebih banyak pihak khususnya swasta, industri dan badan korporat tampil menyokong terutama dalam penajaan hadiah.

“Selain itu, dengan adanya 24 buah sekolah kluster di bawah UMP maka aspirasi pembudayaan inovasi dan kreativiti dapat dikembangkan lagi dengan menjemput semua sekolah berkenaan menyertai Citrex secara tetap mulai tahun depan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/berjaya-cipta-penawar-diabetes-1.495424

Aplikasi Bagi Pesakit Kencing Manis


SEBUAH firma kesihatan terkemuka, MSD - dengan kerjasama Persatuan Kencing Manis Singapura (DSS) - telah melancarkan satu aplikasi iPhone pertama (gambar) bagi mereka yang menghidap kencing manis.
Aplikasi 'Ramadan, Diabetes and Me' (Ramadan, Kencing Manis dan Saya), bertujuan khusus bagi menangani cabaran yang dihadapi jutaan orang yang menghidap kencing manis jenis 2 yang mahu berpuasa dalam Ramadan.

http://www.beritaharian.sg/gah/ap-bagi-pesakit-kencing-manis

Ubat Terbaru Bantu Pesakit Kencing Manis

Boleh kurangkan paras gula dalam darah dan bantu turunkan berat badan serta tekanan darah pesakit

PESAKIT kencing manis yang selama ini bertarung dengan masalah nafsu makan yang sukar dibendung, sehingga akhirnya berat badan turut meningkat, kini mempunyai pilihan beralih ke ubat yang tidak mempunyai kesan sampingan sedemikian.

"Ubat kelas terbaru ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan dan kecenderungan asyik makan. Ia tidak hanya mengurangkan kadar gula dalam darah malah membuat berat badan mereka turut berkurangan," kata pakar endokrinologi dari Pusat Perubatan Gleneagles, Dr Chung Horn Lee.

http://www.beritaharian.sg/wacana/ubat-terbaru-bantu-pesakit-kencing-manis

Masih Ada Harapan Sembuh Bagi Pesakit Kencing Manis Jenis 2

KEPERCAYAAN popular ialah penyakit kencing manis bermakna terpaksa makan ubat seumur hidup.

Namun, penyelidikan terkini menunjukkan ia boleh dirawat melalui diet sangat rendah kalori.
Penyelidik dari Universiti Newcastle di Britain meletak 30 orang pesakit kencing manis Jenis 2 pada program diet 700 kalori sehari selama lapan minggu. Setiap daripada mereka hilang berat badan kira-kira 14kg secara purata. Bagi kebanyakan pesakit itu, penyakit kencing manis mereka juga hilang.

Malah, kesan positif diet itu berpanjangan. Hampir separuh daripada mereka tidak mempunyai apa-apa tanda kencing manis hampir enam bulan selepas mereka secara beransur-ansur kembali kepada diet lebih normal yang membantu mereka mengekalkan penurunan berat badan mereka.

Hasil kajian itu diterbitkan dalam Diabetes Care awal tahun ini.

Menurut halaman Mind & Body akhbar The Straits Times pada Selasa (10 Mei), doktor yang dihubunginya berkata walaupun ada orang boleh merawat penyakit kencing manis mereka dengan menurunkan berat badan, cabaran bagi kebanyakan orang ialah mengekalkan berat badan sihat.

Dalam sesetengah pesakit, kencing manis Jenis 2 boleh dirawat selepas penurunan besar berat badan, yang biasanya berlaku selepas diet rendah kalori yang berterusan beberapa bulan, kata Dr Nitish Mishra, seorang perunding di Pusat Diabetes & Endokrin Raffles.

Beliau menjelaskan bahawa salah satu punca utama kencing manis Jenis 2 ialah terlalu banyak lemak dalam hati dan pankreas.

"Setiap individu mempunyai ambang lemak peribadi dan apabila mereka melepasi ambang itu, kencing manis Jenis 2 terjadi," katanya.

Oleh itu, selaras dengan prinsip yang sama, apabila mereka berjaya menurunkan berat badan dan lemak dalam tubuh mereka berkurangan ke paras di bawah ambang lemak peribadi mereka, penyakit kencing manis itu akan hilang, katanya.

Pakar endokrinologi Peter Eng, daripada Peter Eng Endocrine Clinic, berkata kebanyakan pesakit kencing manis tidak dapat merawat penyakit mereka.

Yang dapat merawatnya sama ada gemuk atau sangat gemuk dan dapat membuang banyak - sekurang-kurangnya 20 peratus - berat badan mereka.

Bagaimanapun, mereka perlu mengekalkan penurunan berat badan mereka. Sebaik sahaja berat badan mereka kembali, penyakit kencing manis juga kembali melanda.

http://www.beritaharian.sg/setempat/masih-ada-harapan-sembuh-bagi-pesakit-kencing-manis-jenis-2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...