Terung Daging Cincang Berlada (Menu Pesakit Diabetes)


Bahan-bahan:
300 gram terung ungu, dibelah dua dan dipotong setebal 2 cm
150 gram daging lembu tanpa lemak, dicincang halus
3 sudu makan minyak goreng tanpa kolesterol untuk menumis
100 ml air
 
Bahan Kisar
15 biji cili kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula putih
Cara Membuat:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan daging lembu cincang, kacau sehingga berubah warna.
3. Tambahkan air, kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan terung, biarkan sehingga semua bahanmasak dan air kering. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 168.5 kkcal
Protien : 8.6 gram
Lemak : 12.8 gram
Karbohidrat : 9.2 gram
Serat : 0.4 gram
Kolesterol : 26.3 gram

http://ummuayman.wordpress.com/2009/11/10/terung-daging-cincang-berlada-istimewa-untuk-pesakit-diabetes/

Tujuan Makan Ubat Diabetes / Kencing Manis


Tujuan utama ubat diabetes adalah bagi membantu merendahkan kandungan gola (glukosa) dalam darah. Ubat ini bertindak melalui 2 cara :

1. Membantu badan menghasilkan lebih banyak insulin.

2. Membantu sel-sel badan menggunakan insulin yang terhasil dengan lebih baik.


PENGAMBILAN UBAT MAKAN

Patuhi arahan yang tercatat pada sampul ubat.

Jangan makan ubat-ubat yang lain kecuali diarah atau diluluskan oleh doktor.

Jangan mengurangkan atau menggandakan dos anda.

Sekiranya anda terlupa dan terlepas waktu makan ubat, anda hendaklah segera memakannya apabila teringat dan ubahkan waktu yang berikutnya atau jika masa dos berikutnya telah hampir, lupakan dos yang tertinggal dan ikut semula jadual biasa.


PERHATIAN SEMASA MENGAMBIL UBAT INI

Beritahu doktor sebelum pembedahan, rawatan pergigian atau rawatan kecemasan yang dijalankan.

Beritahu doktor jika anda sedang mengandung atau ingin mengandung.

Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang menyusukan anak anda dengan susu ibu.

Makan atau minum sesuatu yang manis jika gejala-gejala paras gula (glukosa) rendah berlaku dan terus hubungi doktor anda.

Antara gejala paras gula (glukosa) darah rendah ialah seram sejuk, peluh sejuk, kulit pucat dan sejuk, denyutan jantung kencang dan gelisah.



http://moodpro.tripod.com/inyakit/dia_pg4.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...