Diabetes Tidak Membawa Maut - Diabetes Juvana

DIABETES tidak membawa maut secara segera, tetapi pengidapnya akan terus menderita....

Lazimnya, pesakit Diabetes akan mengalami kehidupan yang tidak sempurna dan makanan manis menjadi pantang utama. Mereka juga sentiasa terdedah kepada pelbagai masalah lain yang lebih mudharat jika penyakit ini dibairkan berterusan. Pengidap Diabetes yang membiarkan keadaan berpanjangan bakal berhadapan dengan; Kudung Kaki, Buta Penglihatan. Mati Pucuk, Pembuluh Tersumbat, Jantung Lemah, Angin Akhmar! Waspadalah!

Diabetes Juvana - Takrif

Diabetes Mellitus (Juvana) adalah satu gejala metabolisma yang tidak mengikut peraturan lazim tubuh, menyebabkan paras gula lebih tinggi yang tidak sepatutnya berlaku. Keadaan ini disebabkan kelemahan Pankreas gagal atau tidak cekap menghasil atau merembeskan INSULIN.

Penerangan Kejadian Diabetes Juvana

Setelah seorang itu makan, sebahagian daripada makanan yang diambil akan diruntuhkan kepada gula (glukosa). Gula ini kemudiannya akan memasuki saluran darah untuk dihantar kepada seluruh sel tubuh melalui sejenis hormon - INSULIN yang dirembeskan oleh Kelenjar Pankreas.

Lazimnya, kelenjar pankreas akan menghasil dan merembeskan insulin dengan kadar yang sesuai mengikut kadar sama banyak untuk mengiringi penghantaran gula. Bagaimanapun, bagi seorang pengidap diabetes, pankreasnya samada; a) tidak menghasilkan insulin atau b) kurang merembeskan insulin atau c) sel tubuh sendiri tidak bertindak balas dengan insulin seperti lazimnya. Justeru, kadar gula di dalam darah akan meningkat lebih tinggi dan kemudiannya akan melimpah ke dalam air kencing, dibuang dari tubuh tanpa digunakan.

Jika keadaan ini berlarutan dan berpanjangan, Diabetes akan menyebabkan banyak kerumitan besar lain melibatkan organ penting seperti mata, ginjal, jantung, saraf, pembuluh dan sebagainya.

 
http://myshape.my/default.asp?id=1&ACT=5&content=2&mnu=1

1 comment:

  1. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang sedang mencari pengedar/agen Cordy Juice yang semakin disebut-sebut oleh orang ramai pada masa kini kerana keberkesanannya.hubungi saya at daus950404@yahoo.com.my..tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...