Pesakit Diabetes Pahang Meningkat

Image result for pahang

KUANTAN 4 Disember 2014 - Jumlah pesakit diabetes di Pahang meningkat kepada 50,415 orang setakat November lepas berbanding 44,827 orang pada 2013, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia Dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Beliau berkata, peningkatan itu membimbangkan dan kerajaan negeri Pahang sedang mencari jalan untuk mengatasi trend yang membimbangkan itu.   

"Kita akan cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat tentang tindakan yang perlu dilakukan kerana hasil tinjauan kesihatan kebangsaan tahun 2011 menunjukkan separuh daripada pesakit yang disahkan diabetes tidak mengetahui mereka adalah pengidap diabetes," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang berisiko tinggi seperti berat badan berlebihan atau mempunyai anggota keluarga penghidap diabetes supaya menjalani saringan kesihatan secara berkala bagi pengesanan dan rawatan awal.

Di Pahang katanya, kerajaan menyediakan perkhidmatan penjagaan dan rawatan penyakit diabetes di 71 klinik kesihatan dan 11 hospital. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/pesakit-diabetes-pahang-meningkat-1.339185

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...