Bahan-bahan:
100g epal
100g betik dipotong kecil
1 biji lemon diperah airnya
100 ml air masak /mineral
Cara Membuat:Cuci epal dengan air panas dan dipotong kecil. Kisar semua bahan. Hidangkan
Huhu. Cam ngeri je dengar bila di sahkan dapat GDM.
Tapi ini lah hakikat yang perlu saya telan. Dr sahkan saya sebagai pesakit GDM. Sedihnya, hanya Tuhan yang tahu. GDM ni hanya berlaku time kehamilan terutamanya pada pregnency pertama, Dr yang bagitau saya.
....
Untuk diri saya, GDM ni di kesan lepas saya minum air gula. Actually, minum air gula ni tak semua orang mengandung kene minum sbb banyak je kawan-kawan saya yang tak kene minum pun. Ikut klinik kesihatan masing-masing kot. Setahu saya, orang yang kene minum air gula bila family ada history kencing manis atau umur dah lebih 35-an. Tapi kat klinik kesihatan yang saya cek ni, memang semua perempuan mengandung saya di fahamkan kene minum air gula untuk detect GDM. GDM ni tak ada tanda, so, kalau yang tak minum air gula untuk ambil ujian kesan GDM, jangan terlalu yakin ye diri tiada GDM. GDM akan berlaku mostly di 2nd trimester, dan sesiapa yang tak de kencing manis sebelum ni tetiba akan ada GDM time mengandung. Orang kata, pembawakkan budak. huu.
Dr maklumkan saya, GDM ni boleh di kawal dan bahaya jika tidak di kawal. Jadi, sesiapa yang ada GDM di nasihatkan agar jangan ambil mudah tentang perkara ini.
Antara risiko jika GDM tak terkawal adalah :
1. Baby menjadi besar dan akan menyukarkan proses kelahiran normal / ibu bakal melahirkan bayi pra matang.
2. Risiko kematian baby secara tiba-tiba di dalam perut.
Ini yang dr terangkan kat saya lah ek...
....
Saya dah banyak kali kene amek BSP (Blood Sugar Profile) yang 4 kali 1 hari : kul 8 pagi, 11.30 pagi, kul 6.00 petang ngan 8.30 malam. huhu. Oleh kerana ada hari yang saya tak dapat nak amek darah secara tepat jam yang di tetapkan, dr cadangkan saya beli test kit sendiri.
So, ini lah dia test kit saya :
Senang. Tak payah amek cuti nak pegi klinik, tak payah nak pegi farmasi amek darah, tak payah ke klinik private amek darah. klinik private sekali amek darah dia caj rm 20 seh. wah, dah tahap mencekik darah dah. hehe. padahal, item utk test darah ni baru dalam rm 2.50 sekali test. Lagipun, tak pela pas ni boleh guna just untuk monitor kesihatan diri dan family pulak kan. Warranty pulak for life.
.....
Sekarang ni, saya tengah dalam proses observation oleh dr. Paras gula turun naik tak stabil. Paling tinggi di catat setakat hari ni 10.7. huhu!!! :( Setakat ni dalam pemantauan lagi. Amek darah, amek darah, amek darah. Sakit woo. Kalau tak turun, kene suntik insulin. huhu. Oh tidak!
.....
Hum. Dr kata banyak sebab menyumbang kepada GDM ni. Antaranya kurang bersenam & corak pemakanan yang tak terjaga. Bila mengandung, makan banyak dan tak bergerak, karbohidrat dalam badan akan bertukar jadi gula. huhu.
Lagipun, saya akui lah, sebenarnya corak pemakanan saya yang sangat tak sihat sebelum ni kot menyumbang kepada GDM. Saya ingatkan kalau tak ada family history dan diri sihat walafiat, kita tak akan kene GDM.. rupanya tak.. huhu. Sekarang baru tau. Better now then never kan? hum.
Dulu saya memang suka makan : kek, twiggies coklat, air milo setiap masa, daging kambing, pisang, jemput-jemput pisang, kuih lopes, kuih keria, goreng pisang, semua kuih yang manis-manis, tau fu fa, air soya bean, durian, serawa durian, patin masak tempoyak.. etc etc. huhu
So, salah sendiri la kan?
Yelah.. Kite mana lah tahu.
Anak sulung. Excited. Lagipun, saya tak boleh la awal pregnent, kalau teringin nak makan, mesti teringin gile-gile dah rasa makanan cam dah sampai ke tekak dah.. huhuh. Lagipun tang bab makanan, rezeki saya memang sangat murah. Apa saje nak makan, mesti ada jalannya. Suami belikan, mummy masakkan, mak mertua masakkan, orang bagi. Memang akan sentiasa tertunai jelah.
Hum. Dah tahu jadi cam gini, suami kata untuk 2nd baby [cehwah, dah berangan nak 2nd baby. hee], kene pastikan tak ada gula yang masuk cam sekarang ni. huu. So, buat kengkawan kat sana, ambil ikhtibar la ek. Jangan jadi cam saya, tak kawal pemakanan time mengandung. huhu.
.....
Tapi, apapun yang terjadi, saya redha, berserah dan bertakawal kepada Allah swt.
Mungkin ini dugaan dan bahagian saya time mengandung. Mungkin ada hikmahnya, siapa tahu? So, lepas ni saya kena lebih berhati- hati. Hum. Tapi jika kita rasa diri kita dah teruk, ada yang lagi teruk.. Kakak farmasi tu kata gula dia lagi tinggi dah cecah 23 dah, ada yang saya baca gula cecah 18. huhu. lagi tinggi, tapi akhirnya semua selamat sebab amalkan nasihat dr. Harapannya saya juga sama, semuanya baik-baik sahaja selepas ni. amin.
Apapun terjadi, biar sakit kene cucuk sana sini, saya terima demi zuriat ~thalhazlin~ yang lama di nanti. Saya sanggup.
Demi mu sayang, benih cinta ibu & abah.
.....
Buat kawan-kawan, harap di doakan agar saya dan baby saya selamat ya. Terima kasih... Hanya Tuhan dapat membalas budi baik semua yang mendoakan kami.
Cuaca panas terik dan anda benar-benar terasa dahaga. Anda mula terbayang minuman ringan sejuk yang menjadi kesukaan anda. Apatah lagi, anda berdiri bersebelahan dengan mesin minuman. Tetapi sebelum anda mendapatkan minuman kesukaan anda itu, fikirlah sejenak. Sedarkah anda tentang kandungan sebenarnya?
Sungguhpun minuman ringan kini seolah-olah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita, namun kita kurang menitikberatkan tentang kandungannya. Malahan ramai di antara kita tidak menyedari bahawa minuman ini sebenarnya tidak berkhasiat. Kebanyakannya hanyalah air yang bercampur bahan-bahan berkarbonat, asid, pewarna, perisa dan pemanis yang membahayakan kesihatan.
Minuman ringan sering digelar makanan remeh kerana khasiatnya terlalu rendah berbanding risiko bahayanya yang tinggi ke atas kesihatan.
Hakikatnya minuman ringan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan antaranya osteoporosis (kerapuhan tulang), kegemukan, kerosakan dan kakisan pada gigi serta kanser. Kesemuanya disebabkan kandungan bahan ramuannya. Lebih buruk lagi ia boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan remaja.
Penemu bersama insulin, Dr Charles Best pernah mendakwa minuman ringan mempunyai banyak persamaan dengan minuman keras. Sirosis hati telah dikesan dalam remaja yang banyak meminum minuman ringan dan penagih alkohol yang kronik, demikian menurut penulis buku Consumer Beware, Beatrice Hunter.
Kerajaan juga pernah mengeluarkan amaran kepada pengeluar minuman ringan yang terkemuka di dunia kerana produk keluarannya disyaki meninggalkan kesan ke atas tulang kanak-kanak kerana kandungan asid fosforik yang tinggi dalam minuman tersebut.
Malahan pada masa lalu, sesetengah negara mengambil tindakan mengesyorkan pengharaman sesetengah minuman ringan kerana ia diberikan kepada bayi yang tidak disusui sendiri oleh ibu bapa mereka yang terpengaruh dengan iklan yang tidak beretika.
Dalam tahun 1969, bayi-bayi di Zambia dilaporkan mengalami masalah kekurangan zat makanan setelah mereka diberikan Coke dan Fanta kerana ibu mereka menyangka ia minuman yang terbaik untuk bayi. Pada masa yang sama, kira 54% kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang serius itu dimasukkan ke hospital kanak kanak dan tertulis ‘Fantababy’ di atas carta kemajuan mereka.
Selanjutnya kerajaan Zambia telah mengharamkan iklan Fanta “kerana pengaruhnya ke atas golongan miskin.”
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Institut Pemakanan di Rio De Janeiro ke atas kanak-kanak sekolah berusia antara 6 hingga 14 tahun yang meminum banyak Coke, Fanta dan Pepsi, kesemuanya menunjukkan masalah kekurangan zat makanan melibatkan protein/kalori.
Menyedari bahaya yang ada, pihak berkuasa di sesetengah negara dalam beberapa tahun kebelakangan telah mengambil langkah serius untuk membatasi pengambilan minuman ringan di kalangan remaja.
Keburukan Coca-Cola
Singapura telah mengharamkan Coca-Cola, Pepsi Cola dan semua minuman ringan yang mengandungi terlalu banyak gula di sekolah-sekolah pada tahun 1992 (sebagai sebahagian daripada kempen negara ke arah kesihatan yang baik dalam tempoh 10 tahun) kerana minuman itu mengandungi lebih 10% gula, dan menyumbang kepada kegemukan.
Dalam tahun 1980, satu usaha juga telah dibuat oleh Jabatan Pertanian Amerika untuk mengehadkan penjualan minuman ringan di sekolah-sekolah dengan membentuk peraturan yang melarang sekolah daripada menjual minuman ringan dan makanan remeh lain sebelum tamat waktu makan tengah hari yang terakhir.
Apakah ramuan sebenar di dalam minuman ringan sehingga boleh menjejaskan kesihatan? Bacalah fakta-fakta selanjutnya mengenai minuman ini agar anda lebih berhati-hati apabila hendak meminumnya.
Gula
Gula merupakan ramuan asas dalam kebanyakan minuman ringan. Minuman ringan biasa mengandugi sama ada sirap yang kaya fruktos, gula atau gabungan kedua-duanya untuk mendapatkan rasa manis yang diinginkan.
Ujian terbaru kami mendapati minuman tin mengandungi antara 4-15 sudu kecil gula! Di antara jenama minuman tin yang mengandungi banyak gula termasuklah:
F&N Anggur (500ml) 15 1/2 sudu kecil
F&N Fruitade (500ml) – kira-kira 14 1/2 sudu kecil
Kadar pengambilan gula yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah 8-11 sudu kecil sehari. Meminum setin minuman ringan atau lebih dalam sehari memberikan lebih banyak gula daripada yang diperlukan. Tiga tin atau lebih dalam sehari atau lebih buruk setiap hari, hanya mendedahkan anda kepada risiko serangan penyakit.
Gula boleh merosakkan gigi, meningkatkan risiko kencing manis, menyumbang kepada penyakit jantung, masalah penghadaman, kulit dan penyakit pembunuh yang lain.
Menurut seorang ahli saintis Juhn Yudkin, gula merupakan bahan “tulin, putih dan boleh membahayakan.”
William duffy, penulis buku Sugar Blues pula memberi amaran, “sama seperti candu, morfin dan heroin, gula merupakan ubat yang menimbulkan kesan ketagihan dan membawa kemudaratan…”
Gula juga membuatkan kita makan dengan berlebihan sehingga menyebabkan kegemukan. Oleh kerana gula dilepaskan dengan segera ke dalam aliran darah, makanan manis sering membuatkan kita tidak berasa kenyang. Ini bermakna, anda cenderung terus memakan lalu menambah pengambilan kalori anda.
Menurut satu laporang dalam The Ethical Consumer, kemasukan gula yang diproses dengan cepat ke dalam aliran darah boleh menimbulkan keadaan ‘pergantungan’ di mana tubuh terikat dengan pengaliran berterusan gula industri untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Ini menyebabkan anda ketagihan gula dan ingin mendapatkannya dengan lebih banyak padahal ia boleh membahayakan kesihatan.
Setiap sesudu kecil gula mengandungi 16 kalori. Jika anda mendarabnya dengan 15 1/2 sudu kecil, iaitu kandungan gula dalam satu tin F&N Anggur 500ml, ini membawa kepada 248 kalori dalam setiap tin minuman ringan.
Keadaan ini samalah seperti anda memakan kira-kira 2 1/2 sudu kecil tidak bergaram. Oleh itu minuman ringan boleh menggemukkan tubuh.
PEMANIS TIRUAN
Minuman ringan diet menggunakan pemanis rendah kalori seperti aspartame, acesulfame K, sakarin dan sukralos. Setakat ini pemanis yang paling banyak digunakan adalah aspartame.
Misalnya Diet Pepsi mengandungi aspartame, pemanis yang 200 kali lebih manis daripada gula. Sedikit pun sudah memadai untuk memaniskannya. Selain itu, ia juga menyedapkan perisa sitrus dan buah-buahan lain lagi.
Malangnya pemanis tiruan ini boleh meninggalkan kesan sampingan kepada sesetengah orang. Beberapa masalah yang telah dialami termasuklah migrain, sakit kepala, hilang daya ingatan, tekanan emosi dan mudah meradang. Ia juga dikatakan boleh menyebabkan kekejangan, loya, cirit-birit, kegatalan pada kulit, pandangan menjadi kabur dan dalam sesetengah keadaan, hilang penglihatan.
Menurut penulis buku Diet For A Poisoned Planet, David Steinman, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) menerima paling banyak aduan mengenai aspartame, iaitu lebih 3000 kes. Mengikut kajian Profesor John W. Olney dari Universiti Washington, St Louis mengenai aspartame yang diterbitkan pada tahun 1996, peningkatan dalam kes-kes kanser otak di kalangan penduduk Amerika sekitar tahun-tahun 1980-an dan 90-an mungkin berpunca daripada pengambilan aspartame.
Beliau menyarankan hasil-hasil penguraian aspartame merupakan agen-agen yang beracun kerana didapati ketumbuhan otak dalam haiwan ujian makmal. Haiwan yang diuji menunjukkan peningkatan dalam kes-kes kanser tertentu apabila terdedah kepada agen itu dan kini manusia pula menunjukkan kesan yang sama.
Sesetengah jenama minuman ringan diet juga mungkin mengandungi sakarin, pemanis tidak berkhasiat yang 300 kali ganda lebih manis daripada gula. Sakarin telah terbukti boleh menyebabkan kanser pundi malah telah diharamkan untuk kegunaan umum di Kanada, New Zealand dan beberapa buah negara Eropah.
Kajian terbaru ke atas label mendapati sakarin terkandung dalam Pepsi Diet. Tinjauan CAP pada tahun 1992 turut mengesan sakarin dalam Diet Coke dan Diet Sarsi.
KAFEIN
Kafein boleh menyedapkan rasa dan biasanya dicampurkan ke dalam minuman kola. Kandungan kafein di dalamnya adalah kira-kira 1/4-1/3 daripada yang terkandung di dalam kopi atau teh. Kafein merupakan ubat yang boleh menimbulkan ketagihan dan merangsang sistem saraf pusat. Produk yang mengandungi kafein tiruan merangsang tubuh dan meningkatkan kadar degupan jantung. Rangsangan tiruan ini hanya menyegarkan fikiran dan menghilangkan keletihan buat seketika.
Rangsangan berlebihan menyingkirkan tenaga penting daripada tubuh kerana ia perlu melawan “racun” yang mencerobohi sistemnya. Dengan kadar pengambilan semasa, kafein boleh menyebabkan insomnia, gugup, mudah meradang dan gelisah selain mengalami gangguan kadar dan rentak degupan jantung.
Menurut satu kajian di Amerika, meminum minuman ringan selespas bekerja keras boleh menghilangkan kalsium dan kalium yang sebaliknya boleh menyakitkan otot dan melambatkan pemulihan selepas bersenam.
Dalam kajian tersebut, 18 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 13-18 tahun diberikan sama ada minuman ringan tanpa gula dan kafein atau minuman ringan berkafein atau bergula. Apabila kafein dicampurkan ke dalam minuman, penyingkiran kalsium melalui air kencing selama tiga jam meningkat sebanya 25%.
Apabila gula dicampurkan ke dalam minuman berkafein, kehilangan kalsium meningkat sekali ganda. Kajian juga mendapati kafein meningkatkan kehilangan natrium, klorida dan kalium.
Para penyelidik mendapati fosforus yang terkandung dalam kebanyakan minuman kola mempercepatkan lagi kehilngan kalsium dan jisim tulang. Apa yang membimbangkan ialah dos dalam ujian tersebut jauh lebih rendah daripada purata pengambilan harian sebenar kafein dan gula dikalangan remaja.
Ujian terbaru mengesan kafein sebanyak 157bps dalam Diet Coke, 117bps dalam Pepsi Diet, 91 bps dalam Pepsi dan 85 bps dalam Coca-Cola.
Sumber: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Asid
Minuman ringan sering dicampurkan dengan beberapa asid seperti asid sitrik, fosforik dan sesekali, asid malik atau tartarik untuk menambah ‘sengatannya’. Asid ini juga bertindak sebagai bahan pengawet yang memelihara kualiti sesuatu minuman.
Selain itu ia juga mengimbangi kemanisan minuman, dengan menjadikannya sungguh menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Semua jenis minuman ringan terutamanya kola sangat berasid. Kajian menunjukkan untuk meneutralkan segelas kola, anda memerlukan 32 gelas air beralkali tinggi.
Di Britain tinjauan pada tahun 1993 mengenai Kesihatan Pergigian Kanak-kanak mendapati 20% kanak-kanak yang banyak minum minuman ringan mengalami kakisan pada bahagian dentin mereka.
Kerosakan bermula dalam tempoh 45 minit sesudah meminumnya dan berterusan selama sejam. Menurut Persatuan Pergigian Britain, menggosok gigi selepas meminum minuman bergula dan berasid boleh menambah kerosakan gigi.
Kajian dijalankan pada Perang Dunia ke 2 menunjukkan apabila gigi manusia dicabut direndam dalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi itu menjadi amat lembut dan permukaan enamelnya kehilangan sebahagian besar kalsium. Dalam ujian lain, gigi geraham tikus yang diberi makan secukupnya tetapi hanya meminum minuman kola didapati terbenam sehingga lapisan gusi selepas enam minggu.
Kajian British juga mendapati minuman ringan lebih berasid dan lebih bersifat mengkakis berbanding jus buah-buahan. Untuk mengetahui kadar keasidan minuman ringan yang dijual di sini, beberapa jenama telah diuji. (Perhatian: lebih rendah nilai pHnya, lebih berasidlah sesuatu minuman itu. Mana-mana minuman yang berada di bawah pH5.5 berpotensi menyebabkan kakisan pada gigi).
Penyakit sememangnya sukakan asid! Fosforus dalam asid fosforik misalnya boleh mengganggu imbangan kalsium-fosfat dalam tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang. Ini akhirnya akan menyebabkan osteoporosis.
Fosforus juga melawan asid hidroklorik dalam perut dan menjadikannya tidak berkesan hingga mengganggu proses penghadaman dan menyebabkan kembung perut.
Pada hakikatnya, sesetengah penyelidik percaya buih dan gas dalam minuman ringan akibat asid fosforik berpotensi membakar bahagian dalam tubuh. Ternyata ia begitu tidak sesuai untuk tubuh manusia.
Karbon dioksida
Karbon dioksida merupakan bahan buangan yang dihembus keluar oleh manusia tetapi kita menelannya apabila meminum minuman ringan.
Karbon dioksida yang memberikan keadaan berbuih merupakan antara ramuan penting dalam minuman ringan. Ia juga mempengaruhi rasa sesuatu produk. Ia menjadikan minuman ringan lebih menyegarkan dengan merangsang selaput lendir di dalam mulut. Ia menghasilkan buih-buih yang merangsang lelangit dan meningkatkan deria rasa. Hasilnya air liur itu terasa lebih sejuk daripada keadaan sebenarnya.
Kehadiran karbon dioksida juga penting kepada industri kerana ia mencegah pertumbuhan mikro-organisma dan menjadikan minuman itu tahan lebih lama.
Air Suling
Air sememangnya ramuan utama dalam penghasilan minuman ringan. Minuman ringan biasa mengandungi 90% air semantara minuman diet mengandungi sehingga 99% air. Pengeluar menggunakan kaedah penapisan dan peralatan lain yang canggih untuk menyingkirkan sebarang bahan asing yang tidak larut bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan yang tidak diingini.
Oleh itu tidak seperti air minuman yang mengandungi sisa beberapa unsur yang mempengaruhi rasanya, air yang digunakan dalam minuman ringan merupakan air yang tulen.
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika, “Air suling, yang pada dasarnya bebas daripada campuran bahan galian, adalah sangat agresif iaitu ia cenderung melarut bahan-bahan yang bercampur dengannya.”
Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan golongan yang banyak meminum minuman ringan ( sama ada bergula atau tidak) menyingkirkan sejumlah besar kalisum, magnesium dan sisa bahan galian lain ke dalam air kencing.
Lebih banyak kehilangan bahan galian, lebih tinggilah risiko seseorang itu menghidap osteoporosis, hipotiroid, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan pelbagai jenis penyakit lain yang pada amnya dikaitkan dengan penuaan awal.
Pelbagai kajian juga mengesahkan kebaikan meminum air suling apabila seseorang itu ingin menyingkirkan sisa racun atau membersihkan sistem tubuh dalam tempoh yang singkat. Tetapi diet yang buruk dengan mengambil banyak makanan remeh dan minuman ringan boleh menjadikan tubuh lebih berasid.
Mengikut teori, pengumpulan produk sisa asid dalam tubuh boleh menyebabkan penuaan dan penyakit. Kajian menunjukkan semakin lama seseorang itu meminum air suling, lebih tinggi juga kencederungan mengalami kekurangan bahan galian dan berada dalam keadaan perut berasid.
Oleh itu, remaja yang meminum minuman ringan dari pagi hingga malam ke malam hanya mendedahkan diri kepada penyakit. Katakanlah ia merupakan seorang remaja perempuan bertubuh langsing. Jika ia meminum air soda dan cuba mengelak hidangan untuk mengekalkan kelangsingan tubuhnya, ia akhirnya akan mengalami masalah kekurang kalsium, yang seterusnya akan menyebabkan osteoporosis.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang The New York Times dan penulis buku Nutrition Book, Jane Brody, “Kekurangan kalsium semasa usia remaja sudahpun dikesan berlaku akibat penggantian susu dengan minuman berkarbonat atau minuman ringan lain. Lebih buruk lagi, sejumlah besar forforus dalam minuman ringan mengganggu imbangan kalsium kepada fosforus dalam diet dan mengurangkan kemampuan tubuh menyerap kalsium.”
Pengawet
Beberapa jenis pengawet digunakan dalam minuman ringan bagi menstabilkan mikrobial dan mencegah kerosakan. Minuman ringan biasanya tidak rosak kerana kandungan asid dan karbonatnya. Bagaimanapun, keadaan penyimpanan dan tempoh simpanan kadangkala boleh mempengaruhi rasanya. Oleh itu, sesetengah minuman ringan ditambahkan sedikit pengawet yang biasanya digunakan dalam makanan.
Bagaimanapun pengawet yang digunakan mungkin tidak dicatatkan pada label. Salah satu pengawet yang sering digunakan iala natrium benzoat (E211) atau lebih dikenali sebagai asid benzoik. Bahan penambah ini boleh memulakan serangan lelah, ruam kulit, dan keadaan terlalu aktif pada sesetengah orang.
Kami dapati bahan kimia ini terkandung dalam sekurang-kurangnya 14 jenama minuman ringan yang terdapat di pasaran. Di bawah Peraturan Pemakanan 1985, paras selamat untuk asid benzoik dalam minuman ringan yang bertujuan untuk diminum tidak termasuk air mineral ialah 350 bahagian per sejuta (bps).
Dalam ujian yang kami jalankan, dua contoh minuman ringan didapati melanggar undang-undang makanan kerana mengandungi asid benzoik melebihi kadar yang benarkan. Kedua-dua minuman itu ialah F&N Orange Crush dan A&W Root Beer Frosty Mug Taste.
Kadangkala sulfur dioksida turut digunakan sebagai pengawet dan untuk mencegah warna sesetengah bahan seperti jus lemon daripada bertukar menjadi gelap. Ia juga bertindak sebagai antioksidan.
Sulfur dioksida merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memutihkan barangan. Ia boleh menyebabkan muka menjadi merah, pitam, ruam kulit tubuh membengkak, letih, sesak nafas dan bermacam-macam lagi kesan sampingan yang lain.
Bahan kimia ini begitu beracun sehingga pendedahan berulangkali padanya, walaupun tidak cukup tinggi untuk membuatkan anda sakit serta-merta, tetapi ia boleh menyebabkan perubahan genetik dalm sel-sel hidup.
Minuman ringan mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Meminumnya pula sudah dianggap perkara biasa dan menjadi pilihan ramai terutama di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Tetapi memandangkan keburukannya kepada kesihatan, bukankah lebih baik jika anda menukar selera kepada jus buah-buahan segar yang lebih berkhasiat?
Sebelum berakhirnya pembacaan anda mari kita lihat apa yang minuman ringan Coca-Cola dapat lakukan pada telur ini. Lihat video dibawah.
Seseorang
individu boleh mendapat penyakit kencing manis apabila badan tidak lagi
berupaya untuk memantau kandungan glukosa di dalam darah. Insulin adalah satu
hormone yang berfungsi untuk mengawal tahap glukosa di dalam badan.Apabila penghasilan hormon ini tidak
mencukupi atau sel-sel badan tidak lagi peka kepada insulin, maka seseorang
individu itu boleh mendapat penyakit kencing manis.
Tanda-tanda
seseorang itu menghidap kencing manis adalah apabila seseorang individu itu
sentiasa dahaga, cepat penat, penurunan berat badan yang mendadak, kerap
kencing terutama di waktu malam dan merasa kebas sama ada pada jari kaki atau
jari tangan.
Pada
peringkat di mana seseorang itu telah menghidap penyakit kencing manis,
peningkatan tahap glukosa di dalam badan harus dijaga kerana ia boleh
menyebabkan komplikasi yang lebih merbahaya seperti penyakit jantung, kerosakan
buah pinggang, kerosakan mata di mana boleh membuat seseorang itu buta,
penyakit kulit, kerosakan pada kaki dan banyak lagi.
Antara
sebab yang menyumbang kepada penyakit kencing manis adalah apabila seseorang
itu mempunyai berat badan yang berlebihan atau dipanggil Obesiti. Ini berlaku
disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat dan
kurang bersenam.
Komplikasi daripada penyakit kencing manis adalah member impak
yang besar kepada dir pesakit sendiri, keluarga mereka dan masyarakat secara
umumnya. Banyak wang yang perlu digunakan, banyak masa dan tenaga yang perlu
dihabiskan untuk merawat penyakit kencing manis. Malah kualiti hidup mereka
juga terjejas kerana terpaksa berulang alik ke hospital atau dimasukkan ke
hospital untuk rawatan yang lebih agresif.
Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!
Oleh sebab itu, kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini,
jika anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, pastikan anda
menurunkan berat badan anda agar hidup anda lebih sihat dan berkualiti.