Seseorang
individu boleh mendapat penyakit kencing manis apabila badan tidak lagi
berupaya untuk memantau kandungan glukosa di dalam darah. Insulin adalah satu
hormone yang berfungsi untuk mengawal tahap glukosa di dalam badan. Apabila penghasilan hormon ini tidak
mencukupi atau sel-sel badan tidak lagi peka kepada insulin, maka seseorang
individu itu boleh mendapat penyakit kencing manis.
Tanda-tanda seseorang itu menghidap kencing manis adalah apabila seseorang individu itu sentiasa dahaga, cepat penat, penurunan berat badan yang mendadak, kerap kencing terutama di waktu malam dan merasa kebas sama ada pada jari kaki atau jari tangan.
Pada peringkat di mana seseorang itu telah menghidap penyakit kencing manis, peningkatan tahap glukosa di dalam badan harus dijaga kerana ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih merbahaya seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, kerosakan mata di mana boleh membuat seseorang itu buta, penyakit kulit, kerosakan pada kaki dan banyak lagi.
Antara sebab yang menyumbang kepada penyakit kencing manis adalah apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan atau dipanggil Obesiti. Ini berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat dan kurang bersenam.
Komplikasi daripada penyakit kencing manis adalah member impak yang besar kepada dir pesakit sendiri, keluarga mereka dan masyarakat secara umumnya. Banyak wang yang perlu digunakan, banyak masa dan tenaga yang perlu dihabiskan untuk merawat penyakit kencing manis. Malah kualiti hidup mereka juga terjejas kerana terpaksa berulang alik ke hospital atau dimasukkan ke hospital untuk rawatan yang lebih agresif.
Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!
Oleh sebab itu, kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini, jika anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, pastikan anda menurunkan berat badan anda agar hidup anda lebih sihat dan berkualiti.
Read more: http://dietsihatalphalipidsdii.blogspot.com/2013/01/bahaya-penyakit-kencing-manis.html
No comments:
Post a Comment