Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Lancet yang terkini menunjukkan diabetes (atau nama tempatannya “kencing manis”) telah meningkat sebanyak 2 kali ganda di serata dunia sejak tahun 1980. Angka itu meningkat dari 153 juta pengidap kepada 327 juta pengidap pada tahun 2011! Kajian ini dilakukan oleh para pengkaji dari Imperial College London dan Harvard University. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan juga, rata-rata mereka adalah tergolong dari kategori ke-2 (diabetes tahap ke-2) yang mana kewujudannya tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh gaya hidup yang lemah dan obesiti.
Bulatan biru ini merupakan lambang universal untuk penyakit kencing manis.
Situasi di Hospital
Menurut sebuah firma yang mengeluarkan ubat-ubatan (IMS Health), perbelanjaan untuk menghasilkan ubat-ubatan kencing manis ini yang mana dianggarkan bernilai £22 billion setahun mungkin akan terus meningkat kepada £30 billion setahun menjelang 2015! Ini fakta gila, memang gila.
Kadang-kadang terasa sadis ada, sedih pun ada. Apabila aku sakit dan berkunjung ke hospital kerajaan, semestinya ruangan menunggu di hadapan farmasi pasti dipenuhi dengan para pesakit yang hendak mengambil ubat. Untuk mengambil ubat apa sebenarnya? Jangan tanya aku, tetapi tanyalah mereka yang pernah bekerja di hospital kerajaan. Kawan aku (umur dalam lingkungan 25 tahun) yang bekerja sebagai seorang ahli farmasi di sebuah hospital kerajaan pernah menceritakan sebuah kisah yang bagi aku ngeri untuk didengari.
Kawan aku: Dik, datang nak ambil ubat apa? Sakit apa? Boleh tengok resit? (Ramah kawan aku ni)
Pesakit: (Dengan muka sugul dan masam, tidak berkata apa-apa, lalu menyerahkan sekeping kertas)
Kawan aku: Metformin..? Kencing Manis ke dik?
Pesakit: (tak berkata apa-apa, tetapi mengangguk lemah)
Kawan aku: Astaghfirullah… muda-muda lagi dah kena…
Pesakit: (Dengan muka sugul dan masam, tidak berkata apa-apa, lalu menyerahkan sekeping kertas)
Kawan aku: Metformin..? Kencing Manis ke dik?
Pesakit: (tak berkata apa-apa, tetapi mengangguk lemah)
Kawan aku: Astaghfirullah… muda-muda lagi dah kena…
Serius sebenarnya masalah kencing manis ni di Malaysia. Kita tak berapa nampak situasi ini kerana kita tidak bekerja di Hospital. Orang yang bekerja di Hospital kerajaan sahaja (sebab kos rawatan murah, ubat disubsidikan oleh kerajaan) yang nampak akan gambaran sebenar situasi ini. Ayat seorang lagi rakan yang bekerja sebagai pembantu perubatan mungkin lebih kurang ajar, tapi realitinya, itulah dia Hospital di Malaysia – “Hospital sekarang ni setiap pagi dah jadi tempat melepak orang kencing manis, darah tinggi, sakit itu, sakit ini…”. Dan perlu anda tahu juga, selalunya kencing manis ini tidak akan bersendirian. Kalau tak hypertension (darah tinggi), mesti lemah jantung atau “sakit paru-paru”, atau kombinasi kesemuanya sekali.
Diabetic Foot Ulcer… arwah tok wan sebelah ayah meninggal kerana ini. Kaki dia terluka kerana terpijak kaca, dan lukanya pula lambat sembuh. Doktor menasihatkan dia supaya memotong kakinya (dah kronik) tetapi dia enggan. Akibatnya, dia meninggal dunia ketika usia aku tak sampai setahun. Kini, seluruh keluarga (adik-beradik) ayah kesemuanya mengidap kencing manis. Andaikata ini adalah disebabkan genetik, maka aku pasti tidak terlepas dari ancaman “lahanat” yang satu ini.
Sinonim dengan kematian
Kematian di kalangan manusia secara umumnya boleh dikelaskan kepada kategori berikut:
- Kemalangan – Kecuaian, kemalangan jalan raya, terbunuh.
- Penyakit berjangkit (communicable disease) – Malaria, AIDS, Tuberculosis, Wabak H5N1.
- Penyakit bukan berjangkit (non communicable disease) – Kanser, Kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung
- Sakit kerana terlalu tua
Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik terbaru PBB, 2 daripada 3 kematian yang berlaku di seluruh dunia adalah berpunca daripada penyakit bukan berjangkit (non communicable disease) sama ada dari kanser (terutamanya paru-paru), kencing manis, darah tinggi, dan penyakit berkaitan jantung! Sekali lagi, ini merupakan fakta gila! Memang gila! Lebih gila lagi apabila “kencing manis” juga mahu tumpang glamer dengan berdiri sebaris di situ.
Malah, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menambah dalam laporan berkenaan bahawa empat penyakit utama bukan berjangkit ini telah muncul perlahan-lahan di negara-negara maju dan membangun, dan tanpa disedari mereka kini telah menjadi satu wabak global yang dahsyat!
Tahukah anda, datangnya penyakit bukan berjangkit di atas adalah disebabkan oleh gaya hidup yang SANGAT lemah? Ya, gaya hidup orang Malaysia yang SANGAT lemah seperti merokok, terlalu sibuk menghasilkan “stress” menerusi kerjaya masing-masing sampai tiada masa untuk bersukan mahu pun bersenam, kurang pengetahuan tentang amalan pemakanan sihat (tetapi lebihkan pula pengambilan makanan yang tidak sihat), dan kurangnya kesedaran terhadap tahap kesihatan seawal usia muda (bila dah tua, baru nak terhantuk, masa tu terngadah di atas katil pun tak berguna lagi), semua itu merupakan faktor kepada tahap kesihatan yang lemah. Obesiti ada di mana-mana, dan tak keterlaluan sekiranya aku berkata, “Anda sebenarnya sedang membunuh diri anda secara perlahan-lahan, mereka adalah pembunuh bersiri yang ada di mana-mana, kewujudan mereka (makanan ringan, rokok, dll) dianggap seperti kawan, walhal mereka adalah musuh di dalam selimut“. Aku tak mahu kupas faktor-faktor ini panjang-panjang kerana aku pernah tulis akan hal ini dahulu (rujuk sini).
Belum terlambat
Masih belum terlambat untuk bertaubat. Tak susah sebenarnya nak bertaubat dan caranya adalah, kembali merujuk kepada faktor-faktor tadi, katakan tidak faktor-faktor tadi. Adakah itu sesuatu yang susah?
Dan dikesempatan ini, aku nak kongsikan juga satu penemuan baru berkenaan rawatan diabetes tahap 2. Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Diabetologia baru-baru ini oleh para penyelidik dari Newcastle University telah merumuskan diet ekstrim dengan mengambil 600kcal sehari untuk 8 minggu mampu untuk merawat penyakit kencing manis tahap 2 di peringkat awal. Kalau berminat, aku akan cerita lagi tentang penemuan ini dalam entri yang akan datang. Permintaan boleh dilakukan pada ruangan komen.
http://sususejat.com/cerita-terkini-obesiti-dan-diabetes/
No comments:
Post a Comment