Kencing manis tidak wujud sebagai satu penyakit tunggal, ia sering dikenalpasti bersama penyakit moden yang lain seperti sakit gout, masalah gastrik dan yang paling kerap dijumpai adalah masalah tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Sebanyak 60 peratus kes-kes tekanan darah tinggi adalah wujud bersama masalah kencing manis. Jaid, mungkinkah tekanan darah tinggi menjadi penyebab penyakit kencing manis?

Kencing manis

Seseorang itu dikenalpasti menghidap masalah kencing manis apabila badan dia kehilangan kemampuan untuk mengawal tahap glukosa dalam darah. Untuk Kencing Manis Jenis 1, badan seseorang itu tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan untuk menukar glukosa menjadi tenaga.

Manakala bagi pesakit kencing manis jenis 2 pula, badan pesakit tersebut bukan sahaja  tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup, malahan insulin dihasilkan ditolak oleh sel-sel tubuh.

Sehingga kini, para saintis masih tidak dapat mengenalpasit penyebab khusus masalah kencing manis. Walau bagaimanpun, sebahagian factor penyebab telahpun  dikenalpasti. Kegemukan, kadar kolesterol yang tinggi dan cara pemakanan yang kurang sihat sudah dikenalpasti sebagai faktor risiko untuk kencing manis.

Hubung Kait Antara Tekanan Darah Tingi dan Kencing Manis

Salah satu factor umum bagi pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah obesiti atau kegemukan. Tetapi, tekanan darah tinggi bukanlah penyebab langsung kencing manis, puncanya kepada kedua-dua penyakit ini adalah lemak dan kolesterol. Perkara ini menyusahkan hidup seseorang pesakit kencing manis. Tekanan darah tinggi boleh terjadi apabila dinding saluran arteri mengeras akibat daripada mendakan plak dan lemak.

Hal ini juga boleh menyebabkan kerosakan dan pembengkakan dinding kapilari darah yang menyempitkan aliran darah. Pengumpulan lemak dan pengaliran darah yang lambat mengganggu kelancaran sel-sel badan untuk menerima insulin.

Sel-sel badan mempunyai reseptor insulin berpaut dengan insulin yang membenarkan proses pengangkutan glukosa. Jika reseptor ini dihalang oleh pengumpulan lemak, sel-sel badan tidak akan menerima insulin dan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan.

http://www.tekanandarahtinggi.org/adakah-tekanan-darah-tinggi-merupakan-punca-kencing-manis/