Hipoglisemia
v Makan terlalu sedikit.
v Masa makan yang tidak tetap.
v Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
v Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu
berat.
v Penyakit misalnya cirit-birit
Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
Simptom
Simptom hipoglisemia adalah:
v Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
v Mudah marah
v Pening
v Loya dan lemah
v Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
v Penglihatan yang kabur
Pengawalan Paras Glukosa Dalam Darah
- Hipoglisemia : > 4 mmol glukosa per liter (mmol/L)
- Normal : 4 dan 6.6 mmol/L. (NAMUN PARAS SEHINGGA 7.8 MMOL /L MASIH BOLEH DITERIMA.)
- Pesakit Diabetes : < 7.8 mmol/L. (< 10 mmol/L selepas makan (pos-prandial).)
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.
http://www.mosti.gov.my/mosti/images/stories/psikologi/akrab/bicara45/DiabetesMellitus.pdf
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#C
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#C
No comments:
Post a Comment