Tips Mengurangkan Gula
- Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
- Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
- Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
- Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
- Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
- Semak
kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya
gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula
merupakan komponen utama makanan tersebut.
- Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
- Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
- Periksa kandungan gula dalam label minuman.
- Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur
http://www.izieherb.net/faktagula.htm
No comments:
Post a Comment