Memahami Kecanduan Gula

Kecanduan gula adalah satu kondisi yang dialami oleh pesakit diabetes. Bermula dengan kecanduan gula inilah yang membawa kepada penyakit diabetes.  Ramai individu di luar sana yang bukan pengidap diabetes tidak menyedari yang mereka kecanduan gula.  Adakah anda mengalami kecanduan gula?
Perhatikan kalau anda mempunyai satu atau lebih simptom di bawah ini mungkin anda kecanduan gula:
  • makan bila rasa gugup atau nervous
  • selera berlebihan
  • terasa lapar walaupun baru lepas makan
  • jantung berdegup kencang bila terlepas waktu makan
  • rasa pitam bila lambat makan
  • mudah dapat selsema atau demam
  • sukar tidur waktu malam atau tidur tak lena
  • terasa letih bila bangun tidur
  • mudah rasa lelah
  • suka mengantuk diwaktu siang
  • resdung yang berpanjangan
Tidak semestinya seorang yang kecanduan gula hanya ketagih makanan manis sahaja seperti minuman manis, gula-gula, cokelat, biskut dan kek. Kadang-kadang seorang yang kecanduan gula juga suka makan di tengah malam.

Bagaimana kita boleh jadi kecanduan gula?

Maklong ada terbaca dalam internet yang kecanduan gula menpunyai kesamaan dengan ketagihan heroin. Seperti dadah, kecanduan gula tidak datang serta merta tapi ia berlaku secara perlahan. Ini kerana gula mempunyai kesan kimiawi terhadap otak dan tubuh kita. Bila kita makan makanan yang mengandungi gula, kesan kimiawi ini akan membuatkan kita terasa happy dan ini menjadikan tubuh kita menjadi bertambah teringin kepada gula. Kita mula menambahkan gula dalam hampir semua jenis makanan yang kita makan bukan sahaja minuman dan kuih muih tetapi juga termasuklah semua jenis gulai, sayuran, roti, sambal, acar, sos dan kicap. Gula ditambah ke dalam makanan sebagai penambah rasa. Gula menjadi ‘secret ingredient’ dalam hampir semua jenis produk makanan yang dipakejkan samada secara nyata atau tersembunyi. Macamana pulak gula ni tersembunyi? Apabila ia berselindung di sebalik nama-nama saintifik seperti sucrose, fructose, maltose, lactose, galactose dsbnya. Tak percaya? Cubalah baca senarai bahan yang terdapat pada label produk makan yang dijual di kedai.

Dalam budaya Melayu pulak, masyarakat kita mengamalkan budaya yang menggalakkan gula dalam kehidupan seharian. Pernah Maklong cabar keluarga Maklong untuk mengamalkan zero-sugar dalam rumah kerana dalam rumah kami ada ahli keluarga yang diabetes. Mereka jawab, “Nanti apa pulak orang kata kalau orang datang kita hidangkan air tanpa gula?”. Sepatutnya kita lebih bersikap peduli apa orang kata kerana kesihatan kita, kita yang perlu jaga sendiri bukan orang lain.

Dalam persekitaran seperti inilah maka sedikit demi sedikit kita menjadi bertambah ketagih dan tanpa disedari tubuh kita mula mengalami simptom di atas.

Komplikasi kecanduan gula sangat memudaratkan kepada kesihatan. Antara komplikasi kecanduan gula
  • Berat badan bertambah dan bersamanya semua komplikasi obesiti;
  • kelemahan sistem imuniti
  • kerosakan gigi
  • diabetes bersama komplikasinya seperti hyperglicemia dan hypoglycemia
http://maklongskitchen.wordpress.com/2009/11/23/memahami-kecanduan-gula/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...