Adakah Penumpang Yang Menghidap Kencing Manis Perlu Membuat Perancangan Khas Untuk Terbang?


Penumpang yang menghidap kencing manis tidak memerlukan pelepasan perubatan terlebih dahulu untuk membuat perjalanan, asalkan keadaan mereka stabil dan mereka boleh menguruskan keperluan perubatan mereka sendiri.

Jika anda bergantung kepada insulin, anda sepatutnya boleh menyuntik sendiri ubat di dalam pesawat. Jika tidak, anda hendaklah terbang bersama seorang teman yang sanggup dan boleh membantu anda.

Oleh kerana pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang adalah di luar kawalan kami, anda perlu sentiasa membawa surat akuan Doktor yang mengesahkan bahawa anda perlu membawa picagari, jarum dan ubat di dalam pesawat. Penumpang hendaklah menyimpan dan membuang sebarang picagari, jarum dan ubat yang telah digunakan setelah keluar dari pesawat.

 http://www.airasia.com/ask/template.do;jsessionid=D77D16CEB12927E8DDA9D09727520424.tomcat2?id=75&locale=ms_MY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...