Komplikasi Diabetes


Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.

Komplikasi Kesan Akhir

Retinopati - Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.
Neuropati - Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki.
Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit.
Nefropati - Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal.
Kecederaan salur darah besar - Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah.

Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#C 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...