Masalah Pengidap Kencing Manis


Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :
  • Kegagalan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan / Katarak
  • Koma (hilang kesedaran)
  • Angin Ahmar (strok)
  • Lemah Tenaga Batin (lelaki)
  • Sakit saraf atau "mati pucuk"
  • 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk

Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :
  • Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia.
  • Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
  • Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia.
  • Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.

Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :
  • Cemas.
  • Berdebar-debar.
  • Berpeluh.
  • Menggeletar.
  • Terasa lapar.
  • Terkeliru.
  • Penglihatan kabur.
  • Pening lalat.
  • Tidak sedarkan diri. 

Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :
  • Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
  • Kerap terasa haus.
  • Muntah-muntah.
  • Badan semakin kurus.
  • Koma.
  • Sukar bernafas.
  • Sakit perut.

 http://kedah2u.com.my/rawatan-mujarab-pusat-perubatan-islam/penawar-herba-tradisional-penyakit-kencing-manis.html#masalah-pesakit-kencing-manis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...