Diabetes - Gula vs Kesihatan

Written by Aishah Ariffin  
Thursday, 08 March 2012 22:38
Sesungguh pun punca sebenar diabetes masih belum difahami sepenuhnya, pengambilan gula berlebihan diketahui secara tidak langsung memainkan peranan. Pengambilan gula dalam jumlah yang banyak mungkin bukan menjadi penyebab diabetes tetapi ia boleh menjadi faktor penyumbang kepada penambahan berat badan dan kegemukan - faktor-faktor yang jelas boleh menyebabkan diabetes.

Terdapat 2 jenis diabetes:

1. Diabetes yang berlaku apabila sel-sel penghasil insulin dalam pankreas,yang membantu mengawal gula dalam darah, musnah. Diabetes jenis 1 ini adalah penyakit yang berlaku apabila sistem tubuh yang melawan jangkitan (sistem imun) menentang satu bahagian tubuh. Dalam diabetes, sistem imun menyerang dan memusnahkan sel-sel beta yang menghasilkan insulin dalam pankreas. Pankreas kemudian menghasilkan hanya sedikit atau tidak langsung menghasilkan insulin. Mereka yang mengalami diabetes jenis ini terpaksa mengambil insulin setiap hari.

2. Diabetes jenis kedua ini biasanya muncul apabila tubuh tidak lagi memberi tindak balas secara normal kepada insulinnya sendiri dan /atau tidak menghasilkan insulin yang secukupnya. Diabetes jenis 2 ini, mengikut perangkaan Amerika, kira2 90-95% orang mengidap diabetes jenis ini yang sering dikaitkan dengan tambahan usia, pernah menghidap diabetes ketika hamil, kurang aktif secara fizikal dan dari kumpulan etnik tertentu. Selain itu orang gemuk juga boleh menghidapnya. Dan kini, kes2 diabetes jenis ini semakin bertambah di kalangan kanak2 dan remaja.

Komplikasi Kesihatan. Diabetes menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang membawa kepada serangan jantung, strok dan sebagainya. Di kalangan penghidap diabetes, paras gula darah mereka naik begitu tinggi dan gula dalam paras tinggi adalah bertoksik. Dalam tempoh beberapa tahun, paras gula yang tinggi merosakkan saraf serta pembuluh darah, besar dan kecil. Masalah ini menyebabkan kebutaan, kegagalan buah pinggang, kecacatan anggota badan (kerana terpaksa dipotong) serangan jantung pramatang dan strok. "Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman" Sumber: Panduan CAP

http://kms.mkm.edu.my/mykm/index.php?option=com_content&view=article&id=426%3Agula-vs-kesihatan-5-diabetes&catid=11%3Aarticles&lang=en

1 comment:

  1. kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...