Jenis-Jenis Diabetes Selain Jenis 1 & 2

Selain Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2, sebenarnya ada banyak lagi jenis2 penyakit kencing manis yang telah ditemui.

DIABETES SEMASA MENGANDUNG

Yang biasa kita dengar ialah kencing manis semasa mengandung atau gestatinal diabetes melitus (GDM) yang biasa dihidapi oleh ibu-ibu hamil, walaupun asalnya tiada masalah diabetes.



GDM disebabkan oleh hormon yang dihasilkan oleh tubuh ibu semasa kehamilan untuk ‘membenarkan’ kehadiran dan tumbesaran bayi, bertindak menganggu pengeluaran insulin.

Ia menyebabkan ibu mengalami keadaan gula yang tinggi dalam darah. Antara kesannya bayi menjadi besar atau terlalu kecil, pre-eklampsia, kelahiran pramatang dan sebagainya.

DIABETES MODY

 

Diabetes Mody atau nama penuhnya Maturity-Onset Diabetes of the Young adalah penyakit genetik di mana gen bermutasi (mengubah DNA) dan mengganggu penghasilan insulin.

DIABETES LADA atau DIABETES TYPE 1.5


Diabetes jenis ini adalah sejenis autoimune disorder, berlaku bila seseorang itu memiliki antibodi GAD65 yang menyerang sel beta. Sel beta adalah sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas.

DIABETES TYPE 3


Mungkin penemuan terbaru tentang diabetes, diabetes type 3 juga dipanggil brain diabetes. Kajian menemui bahawa selain pankreas, otak juga mengeluarkan insulin, dan apabila proses ini terganggu, ia membawa kepada type 3 diabetes, yang dikaitkan dengan penyakit alzheimer.

DIABETES INSIPIDUS


Selain Diabetes Mellitus, satu lagi jenis diabetes adalah diabetes insipidus (DI) di mana keadaan tubuh yang tidak dapat mengekalkan air dalam badan. Penderita DI memiliki ketidakseimbangan hormon yang menjadikan ginjalnyabaktif menyahidrat tubuhnya.

http://vitaminsemulajadi.com/kencing-manis-jenis2-diabetes/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...