Petua-Petua Kencing Manis


Kencing Manis penyakit yang biasa dihidapi terutamanya di kalangan warga tua. Cuba amalkan petua ini untuk mengawal dan menghindarinya.
petua diabetes yang mujarab sekali makan PERIA KATAK ...
lebih bagus kalu di makan begitu aje..buat ulam..
fai jai, respeks

Lagi satu orang-orang tua cakap pokok bakawali (batang) pun boleh buat ubat diabetes.. rasa dia pahit betul..
khamsani, respeks

senang je bro...nanti cuba cari pokok daun jarum tujuh bilah.. pokoknye berduri..

kebiasaannya pokok ni ade kat rumah cina..makan 3 helai sehari..amalkan insyaAllah sembuh terus penyakit kencing manis tu..ni berdasarkan pengalaman sendiri..

ayah saya seorang yang mempunyai penyakit yang pakej..jantung, darah tinggi, kencing manis..bila amalkan makan daun tersebut, kencing manis berjaya di kurangkan..

sehinggakan pernah sekali ayah saya jatuh pengsan..bila hantar ke hospital doktor mengatakan gula langsung tiada dalam badan akibat mengamalkan daun tersbut..ini menunjukkan daun tersebut mempunyai khasiat..pada peringkat awal ni..en shahir cuba makan 3 helai sehari..lepas seminggu cube check sugar level tu..mesti berkurangan..

insyaAllah...
fazha,respeks

Yang pertama kena kurangkan makan nasi sebab kandungan karbohidrat tinggi.
Lepas tu kena kurangkan minuman bergula, minuman ringan tak boleh minum.

Kalau boleh tahan pahit, minum air rebusan akar bakawali. Air ni pahit yang amat, sampai peluh pun jadi pahit.
Atau cuba teh misai kucing dan hempedu bumi.
wan zamzahidi, respeks

salam...
buah tunjuk langit juga boleh dijadikan penawar, biasanya pokok ini
ditanam ditepi jalan raya. kalau tidak silap ia panggil pokok Mahogany
che ku wahab, respeks

Petua daripada seorang pakcik..amalkan makan pucuk gajus... pucuk gajus itu juga boleh dibuat air..
amalkan selalu..
niesya, respeks

Boleh amalkan minum Minyak Habbattus sauda asli…100% tanpa campuran bahan lain…Boleh minum bersama makanan lain…hanya titiskan 2/3 titk dlm minuman harian atau air minum mineral, jika boleh jgn campur dgn air panas atau suam.. khasiat  akan hilang..
waksab, respeks

maaf iyer.. nmpknya encik ni tak tahu membezakan apa maksudnyer diabetes melitus type 1, 2 or 3..

Manusia mempunyai sebuah organ yg dipanggil pankreas yg berfungsi untuk merembeskan insulin di mana insulin ini berfungsi sebagai kunci untuk membenarkan makan di serap ke dlm sel badan yg sebagai makanan. di dalam pankreas ini terdapat dua jenis sel iaut beta sel dan alpha sel yg mana masing2 mempunyai peranan tertentu. beta cell berfungsi utk merembeskan insulin keluar dr pankreas manakla alpha cell berperanan utk mengaktivatekn perjalanan kerja insulin itu tadi. dalam kes pesakit diabetes.. type itu menunjukkan berapa seriousnyer sakit kencing manis seseorg tu.. yg menunujukkan serious ke tak tahap kencing manis seseorg pesakit tu ialah HBa1C iaitu purata gula dlm satu cell darah. klu berminat sy blh terangkn pasal ni nnt.

berbalik pada cerita td, sebenarnya type 1 tu bermakna.. golongan pesakit yg tidak blh menghasilkan insulin langsung disebabkan beta cell pankreas nyer tidak berfungsi atau telah pn rosak. fungsi beta cell ini sebenarnya ialah mengeluarkan insulin. sbb itu la golongan yg kena diabetes jenis 1 ini terpaksa mengambil suntikan insulin. golongan ini tidak blh sama sekali mangambil ubat2, sbb ubat2 seperti diamicron, glucazon tu fungsinyer utk mengaktifkn semula insulin yg malas bekerja. glgn yg selalu mendapat diabetes jenis 1 ni ialah kanak2, remaja dan awal dewasa. selalunyer jenis pertama ni bkn diwarisi,, tp lbh ke arah auto-imun. manakala jenis ke dua pula adalah ada insulin dlm bdn tp insulinnyer tak bekerja.. sbb itu org yg kena dia betes jenis kedua ini lbh berisi berbanding jenis pertama.. jika insulin dlm bdn terlalu byk.. berat bdn mudah naik.. jenis yg kedua ni jenis yg makan ubat2an.. glgn yg selalu kena jenis kedua ni ialah org2 yg lebih sikit berusia.. 40  thn ke atas.. tp dh jadi trend sekrg kanak2 pn kena jenis kedua sbb obes.. tp ada juga org yg lebih muda sekrg kena diabets jenis kedua sbb kn alpha cell nyer malas bekerja.. sbb dan faktornya terlalu panjang utk sy huraikan di sini.. manakala jenis yg ketiga.. adalah utk glgn ibu2 shaja.. mendapat kencing manis semasa mengandung.. salunyer kencing manis akn hilang lps bersalin.. tp klu tidak dijaga dgn betul penyakit ini akan terus kekal pada ibu tersebut.. malah anak yg dikandungnyer turut blh terkena..

ok, drp apa yg saya baca ni.. sy rasa la encik terkena diabetes jenis kedua.. sbb amik ubat.. bknnya insulin.. tp klu salah tolong britahu semula iyer.. klu tidak keberatan sy nk tau rutin ubatan serta pemakan encik.. dont worry.. jenis kedua ni klu kena gaya blh baik berbanding jenis satu..apa yg perlu di buat utk mengaktifkn semua alpha cell tu jer.. ubat2an yg dibekalkan berusaha utk mengaktifkan sel tersebut.

Adakah encik mempunyai glukometer di rumah? setiap pesakit diabetes MESTI mempunyai glucometer. fungsi glukometer utk men'check' kandungan gula dlm darah. ala cm kat doktor yg encik buat tu ler.. ala benda ni dh tak mahal sekrg.. tp klu ecnik xde glukometer ni dan berminat nk bli sy blh dpt utk encik.. bkn la nk promote ke apa suma supply utk brgan spt ini sy blh dpt dgn arga yg agak berpatutan berbanding kat pasaran..

ok, masa encik test darah aritu kat klinik.. adakah encik amil ubatan seperti yg diarah kn seblum check darah? klu tak itu ler sbb nyer kandungan gula melambung tinggi.. sepatutnya encik akan berasa amat dahaga ketiga gula tinggi dlm bdn.. letih..

petua sy yg pertama.. pastikan minum air masak dgn banyak.. lbh dari 8 gelas sehari.. air masak tau bkn air sirap ke kopi ke tah ke.. katakan encik minum air teh segelas.. maknanya encik kena minum 2 gelas air kosong.. sbbnyer 1 gelas air masak akan men'dilute' kn 1 gelas air berwarna tersebut.. bermakna seperti kiter tidak minum apa klu 1 gelas air kosong minum sebelum atau selepasa air berwarna/manis.. air berwarna/manis hy akan memekatkn kandungan komposisi darah jer sebenarnya.. kandungan dan komposisi darah pesakit diabetes sebenarnya lbh pekat sedikit berbanding dgn darah org yg tidak ada diabetes. paham ke encik?
siti, respeks
Minum air putih 6 gelas setiap pagi lepas bagun tido, sebelum membuat apa2.. nsyaallah seminggu dah ok..
Mula-mula memang tak larat nak minum, tapi bila dah biasa, ia amat mudah...selain itu, minum air putih setiap pagi selepas bangun tido dan sebelum berbuat apa2, boleh juga digunakan untuk apa jua penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, sembelit dan lain2 lagi...
Kalo takde penyakit, tak mengapa, amalkan sahaja.
maharaja kayyo, respeks

bakar tebu hitam... selawat banyak-banyak minum air tebu 2..
u.SyG, respeks

cuba try minum air rebusan sirih.
ambil sirih lima helai dan rebus dgn sukatan air 3cawan.
rebus sehingga menjadi 1cawan sejukan dan minum.
amalkan minum waktu pagi 1kali dan malam 1kali.
insyaallah kencing manis akan berkurangan dalam masa yg singkat.
rahman, respeks

Tanda-tanda AWAL ditimpa KENCING MANIS

1. kerap membuang air kecil
2. berat badan yang menurun
3. sentiasa merasa lapar
4. sentiasa merasa haus dahaga
5. letih yang tidak menentu
6. pandangan semakin menjadi kabur
7. mudah mendapat penyakit kulit
8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9. merasa penat dan sakit kaki
10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus
2. hilang selera untuk makan
3. muntah-muntah
4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut

Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya
5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga
6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

UBATNYA

ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau

ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau

minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya' Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.

MEREDAKAN KENCING MANIS

ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau

ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari.
muzzy, respeks
 Ni i nak kongsi petua dan ramuan asli tradisi keluarga malah telah di pratikkan dan terbukti berkesan keatas penyakit kencing manis @ ginjal failure ni...

Mudah aje...:-
Beli 1 ikat ladys finger atau kacang bendir...bersihkan dan direbus dgn 3 mangkuk air...air rebusan dijadikan 1 mangkuk...boleh diminum suam atau sejuk...amalkan seminggu 3 kali....bagi yang belum tahap 2...2/3 atau reading 8++ kena minum setiap hari...Insyallah...kembali normal....

Jumpa lagi ...Wassallam....
SAB, respeks

http://ratuhati.com/petua/index.php?option=com_content&view=article&id=11:kencing-manis

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...