Kencing Manis Merosakkan Organ


Seseorang yang mengidap kencing manis perlu menjaga makanan dan minuman. Pemakanan yang seimbang disamping disiplin kepada jadual pengambilan ubat sangat perlu. Tapi apa berlaku bila pesakit tidak menjaga makan , mengambil makan yang berlebihan minyak, lemak, berkolestrol dan tinggi gula menyumbang kepada kepekatan darah dan seterusnya berlakunya sumbatan dalam saluran darah.

Perkara yang teruk sekali ialah dengan sikit demi sedikit kesan penyumbatan akan menyebabkan sel sel dalam organ mati dan secara perlahan lahan organ pesakit kencing akan rosak. Pada hal mereka makan ubat setiap hari tapi menjurus kepada kerosakan organ utama bila ubat tidak dapat membantu kerana darah yang membawa zat zat ubat tidak dapat sampai ke distinasi kepada sel sel dalam organ kerana banyak laluan tersumbat.

Otak, paru-paru, jantung, hati, buah pinggang adalah antara organ paling penting dalam tubuh manusia. Dalam organ organ utama ini juga mempunya kapilari saluran darah. setiap organ-organ ini perlukan makanan, zat zat dan oksigen. Yang membawa zat makanan dan oksigen adalah darah. Segala ubat yang kita ambil perlu sampai tapi jika darah kita terlalu pekat dan saluran darah kita banyak yang tersumbat , apa yang akan berlaku??

Ramai pesakit kencing yang kronik meninggal dunia akibat punca dari kerosakkan organ utama. Salah satu punca utama kerosakan organ adalah kerana banyak saluran darah tersumbat dalam organ tersebut.

** Maklumat ini adalah dari sudut perkongsian dengan pesakit pesakit kencing manis yang saya pernah jumpa, Sila rujuk dengan doktor bertauliah untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

http://bhaseer.com/index.php?p=1_17_Kencing-Manis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...