Penggunaan Ubat Kencing Manis Ketika Bulan Ramadhan

 

Assalamualaikum rakan2 wc...

Bagi pesakit kencing manis terutama yang baru mengidapnya
pasti tertanya-tanya bagaimana pengambilan ubat kencing manis
ketika bulan puasa.

Maklumlah ubat kencing manis ini ada beberapa jenisnya.

Sebagai ahli Farmasi sukacitanya saya berkongsi beberapa maklumat
berkaitan cara pengambilan ubat kencing manis ketika bulan Ramadhan.

Pertama sekali anda perlu pastikan apakah ubat kencing manis
yang anda ambil.

Di klinik kesihatan kerajaan @ hospital kerajaan, lazimnya
ubat oral kencing manis adalah seperti gliclazide, glibenclamide dan
metformin.

Namun apa yang ingin saya tekankan disini adalah masa pengambilan
ubat tersebut.

Jika arahan ubat adalah 2 kali sehari. ia diambil pada waktu berbuka
dan waktu bersahur.

Jika arahan ubat 3 kali sehari, ia boleh diambil ketika berbuka, tengah malam
dan ketika bersahur.

Berhati-hati...

Ubat seperti gliclazide dan glibenclamide boleh mengurangkan gula
dalam darah anda secara mendadak.

Jadi anda perlu berwaspada.

Ketika berpuasa perhatikan jika ada tanda-tanda hypoglysemia
seperti berpeluh, mengeletar dan letih yang teramat sangat.

Jika berlaku keadaan sedemikian, anda perlu berbuka dengan segera.

Untuk mengembalikan gula dalam darah anda dalam kadar yang cepat,
segera berbuka dengan air manis spt meminum setengah cawan air milo atau teh.

ok, sekarang anda sudah alami sindrom kekurangan gula dalam darah
disebabkan oleh pengambilan ubat kencing manis seperti
gliclazide atau glibenclamide.


Jadi semasa sahur keesokkan harinya, pengubahsuaian dos boleh dilakukan.

dos gliclazide dan glibenclamide boleh diambil separuh dari dos asal.

contohnya, jika hari biasa anda mengambil 2 biji, maka anda
hanya perlu mengambil 1 biji sahaja ketika sahur.

Ketika berbuka boleh teruskan dengan dos asal.

Nasihat saya.

saya nasihatkan kepada pesakit kencing manis agar mempunyai
alat pengesan gula (glucometer) dalam darah di rumah masing-masing.

Disitu pemantaun secara rapi gula dalam darah anda dapat dilakukan
secara berkala.

Jadi anda dapat tahu keadaan semasa gula anda.

Alat pengesan gula dalam darah boleh dibeli di farmasi.

Disitu ahli farmasi akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakannya.

Sedikit makluman, jika bacaan bawah daripada 4.0 mmol/L maka
itu adalah tanda bahawa diri anda dalam keadaan hypoglysemia @
kekurangan gula dalam darah.

Situasi ini sangat bahaya kerana boleh memudaratkan lagi kesihatan anda.

Akhir kata...

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan seluruh warga WC.

Selamat menyambut ramadhan al mubarak..

http://www.wangcyber.com/forum/health-and-fitness/42685-penggunaan-ubat-kencing-manis-ketika-bulan-ramadhan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...