20 Panduan Pemakanan Bagi Penghidap Diabetes (Kencing Manis)


Mungkin ramai penghidap Diabetes tertanya-tanya adakah mereka boleh makan makanan itu?makanan ini? Dan mungkin ada yang takut untuk memakan sesuatu. Jadi disini ingin aku kongsikan beberapa panduan pemakanan yang boleh diamalkan oleh penghidap diabetes. Pada hakikat sebenarnya, penghidap Diabetes boleh makan seperti mereka yang normal. Namun, harus diingati bahawa penghidap Diabetes harus mengawal berat dan kadar gula dalam darah, tekanan darah, dan juga kadar kolesterol dalam badan.

Secara asasnya, makanlah makanan yang seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein tanpa lemak disamping melihat kepada kadar kalori dan selalu bersenam. Antara 20 panduan yang boleh diamalkan ialah:

1) Makan pelbagai makanan, hal ini kerana tiada satu pun makanan yang sempurna. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mempelbagaikan makanan kita secara seimbang.

2) Makan makanan bersayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.

3) Lebihkan makan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.

4) Pilih makanan yang berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan, dan makanan dipasaran yang dibakar dengan lemak trans.

5) Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan yang dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dahulu dan baca kandungan fiber yang terdapat pada roti tersebut. Lebih banyak lebih bagus. Belajar menyukai sayuran, buah-buahan, kacang dan bijirin.

6) Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.

7)Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.

8) Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2 300 mg sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makan dalam tin.

9) Makan makanan yang kaya dengan potasium. Contohnnya seperti pisang, buah yang bersitrus, dan buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Makan makanan yang tinggi kalsium juga. Contohnya seperti susu rendah lemak,brokoli, bayam dan tauhu.

10) Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.

11) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran terutamnya yang berwarna hijau gelap dan kuning-oren.

12) Makan banyak buah-buahan. Target kira-kira emapat hidangan sehari.

13) Makan banyak ikan. Utamakan bakar, panggang atau gril berbanding mengorengnya.

14) Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan anda, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan juga hati.

15) Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih dari sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak dan yang dibuat kek.

16) Sertakan diet anda dengan makanan berbijirin dan kacang tanpa garam. Kekacang dapat mengurangkan risiko kematian kardiak. Walau bagaimanapun, ia tinggi dengan kalori, maka cara yang terbaik ialah ambil secara sederhana.

17) Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran,minyak sawit, dan santan.

18) Ubah pengambilan kalori dan tahap senaman bagi mendapatkan berat badan yang sesuai.

19) Hindari diet ikutan/kegemaran dan skema nutrisi yang tidak betul.

20) Bagi yang minum alkohol, lebih baik tinggalkan tabiat anda itu.

http://blackrosehunter.com/pemakanan/20-panduan-pemakanan-bagi-penghidap-diabetes-kencing-manis/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...