Individu yang menghidap kencing manis  perlu mendapat rawatan segera. Sekiranya gula dalam darah sewaktu  BERPUASA ialah antara  5.5 mmol/l ke 6.5 mmol/l ini dikatakan sebagai  glucose tolerance. jika paras gula melebihi 7mmol/l maka ia termasuk  sebagai diabetes.
Untuk Pesakit diabetes type-1  maka tidak dapat tidak mereka perlu menggunakan suntikan insulin dari  luar. Insulin untuk tujuan perubatan pada asalnya diperoleh daripada  lembu namun kini, insulin recombinant yang menggunakan teknologi  kejuruteraan genetik berjaya diperoleh dan hasilnya, insulin yang  terhasil adalah sama seperti insulin yang dihasilkan oleh badan manusia.  Insulin recombinant ini perlu disuntik ke dalam badan 30 minit sebelum  waktu makan dan dos perlu diselaraskan dengan aktiviti harian agar tidak  berlaku kekurangan gula dalam darah (hypo-glycemia) yang  dimanifestastikan oleh berpeluh pada waktu malam dan sukar untuk tidur.
Novorapid (Aspart)
Insulin tiruan juga semakin  popular pada zaman ini. Ia amat mudah digunakan kerana ia perlu disuntik  ketika hendak makan tidak seperti insulin biasa yang perlu disuntik 30  minit sebelum makan. Insulin tiruan ini juga bertindak serta merta dan  dimetabolisma (dibuang) dengan cepat oleh badan. Antaranya termasuk:
- Lispro
 - Aspart
 - Glulysine
 
Selain itu, terdapat ubatan yang membolehkan insulin yang disunti di bawah kulit beraksi lebih lama supaya paras glukos dalam badan dapat distabilkan dan mengurangkan pembinaan gula baru dalam darah. Antara yang paling popular ialah:
- NPH (Neutral Protamin Hagedron) - bertahan untuk maksimum 12 jam
 - Glargine dan Detemir - bertahan untuk maksimum 24 jam
 
Ubat yang terlibat dalam meningkatkan pengeluaran insulin oleh badan sendiri tanpa perlu suntikan dari luar adalah dipanggil insulin secretagogues. Ubat yang palin popular dalam kumpulan ini termasuk:
- Sulfonyl-urea
 - glimepiride
 - glipizide
 - glibenclamide
 - Miglitinide
 - nate-glinide
 - repaglinide
 
Sulfonyl urea dan  Miglitinide bertindak dengan menutup protein pembawa kalium dan  memasukkan kalsium ke dalam sel beta di pankreas dan menyebabkan lebih  pengeluaran insulin dari pundi simpanan insulin dalam sel beta di  pankreas. 
Terdapat juga ubatan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, dan amat sesuai digunakan oleh pesakit diabetes type-2. Ubat ini menggalakkan transportasi glukos ke dalam sel dan mengelakkan pembentukan gula baru dalam darah. Antara yang palin popular ialah:
- Biguanides
 - Metformin
 - Glitazone
 - Rosiglitazone
 - pioglitazone
 
Biguanides amat bagus  untuk meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, namun ia boleh  menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam badan dan menyebabkan asidosis  dan kegemukan
Ubat yang terlibat dalam mengurangkan penyerapan gula dari usus (tetapi jarang digunakan) ialah:
- Acarbose dan miglitol - kedua dua menggunakan mekanisma merencat hormon alpha-glucosidase bagi mengelakkan pencernaan gula dalam makanan/minuman. Sekiranya pesakit mengalami hypo-glycemia, maka jangan bagi mereka gula biasa, pastikan mereka diberi gula ringkas (glucose) agar kembung perut tidak berlaku.
 
Satu lagi kumpulan ubat ialah ubat yang bertindak merangsang pengeluaran hormon dari usus (GLP - Glucagon like peptide). Ubat ini menggalakkan penghasilan GLP yang seterusnya menigkatkan penghasilan insulin dan mengurangkan aktiviti perut (stomach). Ubat tersebut ialah:
- Exenatide
 
Dan yang sangat menarik ialah, rawatan menggunakan pam insulin yang membawa insulin dari alat elektronik terus ke bawah kulit. Ianya mudah untuk dikendalikan tanpa perlu mencucuk kulit anda banyak kali dalam sehari. berikut merupakan alat tersebut:
Insulin Pump by Medtronic
Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/11/senarai-ubat-kencing-manis-farmakologi.html#ixzz1kBenkBIF


This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete