MELAKA 17 Jun 2011 _ Melaka menjadi negeri kedua mempunyai pesakit paling ramai mengidap penyakit kencing manis selepas Kelantan.
Pengerusi
 Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, 
Datuk Ghazale Muhamad berkata, pada masa ini, kira-kira 788,000 penduduk
 di negeri ini didapati telah mengambil sebanyak 1,572 tan gula.
Daripada jumlah itu, katanya, setiap pengguna mengambil kira-kira dua kilogram sebulan dengan 67 gram dalam masa sehari.
”Ini
 menunjukkan tahap kesedaran pengguna di negeri ini masih kurang dan 
jika ia terus berlanjutan pastinya peningkatan bilangan pesakit kencing 
manis akan bertambah dari hari ke hari,” katanya ketika merasmikan 
Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja di Wisma Persekutuan Pusat Dagangan 
Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.
Berikutan
 itu, katanya, penduduk negeri ini wajar mengurangkan kadar penggunaan 
gula harian bagi mengelakkan mereka dilanda penyakit kencing manis.
”Kita
 bimbang masih ramai penduduk Melaka gemar mengambil gula berlebihan 
kerana tidak mengetahui kesan pengambilannya menyumbang kepada penyakit 
kencing manis,” katanya.
Ghazale
 berkata, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menangani masalah itu 
seperti mengadakan kempen meningkatkan kesedaran pengguna terhadap 
penggunaan gula yang mana mampu membantu mengurangkan peningkatan 
pesakit bagi penyakit merbahaya berkenaan.
Malah,
 katanya, kenaikan harga gula pada 10 Mei lalu dilihat tidak memberi 
sebarang bebanan atau masalah yang besar kepada pengguna.
”Walaupun
 harga dinaikkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.10 kepada RM2.30 
sekilogram namun harganya masih berada pada tahap terendah.
”Jika
 dibandingkan dengan negara lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia 
dan Filipina, harga gula di Malaysia masih lagi berada pada tahap 
terendah,” katanya.
Sumber Utusan
No comments:
Post a Comment