Apa Itu Gula Tambahan? Kaitannya dengan Kencing Manis


Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar istilah "gula tambahan" ini di media lebih-lebih lagi di dalam iklan. Mereka mencanangkan bahawa gula tambahan tidak diperlukan dan produk-produk yang tidak mengandungi gula tambahan adalah lebih baik dari produk-produk yang mengandungi gula tambahan! Tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan gula tambahan?

Ia adalah kandungan gula yang sengaja ditambah dari kadar yang "diperlukan". Di sini, berapakah kadar yang diperlukan yang dimaksudkan? Atau benarkah kita mempunyai kadar gula yang diperlukan?

Sebenarnya alasan-alasan yang diberikan tidak munasabah dan ianya sangat melucukan. Sama ada sesuatu produk itu mengandungi gula tambahan atau tidak, ia tetap mengandungi gula putih. Kita semua tahu bahawa gula putih adalah racun dan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Ia dihasilkan secara kimia lalu menghasilkan unsur-unsur kemanisan yang menambah rasa sedap pada lidah kita tetapi ia tidak berasal dari alam semulajadi. Walau sehebat mana mereka mendakwa produk mereka tidak mengandungi gula tambahan, kandungan gula yang sedia terkandung sebenarnya sudah terlalu tinggi. Ia diproses dikilang-kilang yang mana proses pencampuran gula tidak dilakukan mengikut sukatan sudu tetapi mengikut sukatan bertan-tan gula. Apabila ia ditinkan atau dipeketkan, ia menjadi sebahagian dari produk yang telah melalui proses penambahan gula yang mengandungi gula putih.

Seperti halnya yang berlaku ke atas Kellog's pengeluar empingan jagung terbesar suatu ketika dahulu. Jika anda makan empingan jagung, anda merasa sedikit tawar padahal kandungan garamnya adalah tinggi. Para aktivis pemakanan pernah memberi tekanan supaya Kellog's mengurangkan penggunaan garam di dalam produk empingan jagungnya.

Saya merasa sangat lucu dengan iklan-iklan yang disiarkan sama ada di tv, akhbar mahupun di internet sejak kebelakangan ini. Tetapi beginilah cara mereka mempengaruhi dan membentuk pemikiran masyarakat supaya pengguna memilih produk mereka dari produk pesaing mereka. Setiap hari perlu ada "breakthrough" supaya jenama mereka sentiasa berada di "ranking" teratas. Istilah yang licik digunakan demi mengaut keuntungan berlipat-kali ganda. Kalau sebelum ini kita mendengar istilah "tidak ditambah MSG", selepas ini, apa lagi yang kita bakal dengar...? Tanpa garam tambahan? Atau tanpa zat tambahan?

Walaupun anda memilih produk tanpa gula tambahan, anda sebenarnya membeli produk yang mengandungi gula yang tinggi mengikut keperluan tubuh kita sendiri.

http://thesecretmedicines.blogspot.com/2011/06/apa-itu-gula-tambahan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...