Tujuan:
- Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
- Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-
Makanan yang perlu dielakkan
Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.
Makanan yang bebas dimakan
- Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi. Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya.
- Semua cecair dan minuman tanpa gula Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
- Perasa dan Perencah Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
- Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa
- Susu dan hasil tenusu
- Bijirin dan hasil bijiran
- Kacang dan kekacang
- Buah-buahan
Pilihan makanan | Saiz hidangan | Saranan |
1..Susu dan hasil tenusu Susu segar / cair Susu sejat Susu penuh krim Susu skim / rendah lemak | 1 cawan (240ml) ½ cawan (120ml) 4 sudu makan penuh 4 sudu makan paras | 2 kali sehari |
2. Bijiran dan hasil bijirin Roti putih / bijirin penuh Nasi / mee / meehon / kuey teow Capati/ roti canai/ tosai Ubi | 2 keping 1 cawan 1 keping 1 biji saiz telur | 3-4 kali sehari |
3. Kacang dan kekacang Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang soya (mentah) | 1/3 cawan | 1-2 kali sehari |
4.Buah-buahan Epal/oren/limau/lai/ciku Pisang (10cm) Mangga Jambu batu Belimbing Langsat/longan/anggur Rambutan/laici Betik/nenas/tembikai/tembikai susu Durian/nangka/cempedak | 1 biji sederhana 1 biji kecil 1 biji kecil ½ biji tanpa biji 1 biji sederhana 8-10 biji kecil 5 biji sederhana 1 potong nipis 3 ulas kecil | 2 kali sehari |
Panduan Am
- Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi,makan tengahari, makan malam). Pastikan makan pada selang masa yang tetap.
- Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
- Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan kekacang dan biji-bijian.
- Kurangakan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
- Kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dank rim salad.
http://www.pusrawi.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=66&Itemid=149&lang=en
No comments:
Post a Comment