Mencegah Diabetes Sempena Hari Diabetes Sedunia 2011

 

Sempena Hari Diabetes Sedunia 2011 yang bertemakan ‘Act on Diabetes Now (Perangi Diabetes Sekarang)’, adalah penting bagi rakyat Malaysia mendidik diri mereka dengan perubahan cara hidup yang diperlukan bagi mengurangkan risiko mengidap diabetes. Pilihan cara hidup ini termasuk perubahan pengambilan makanan dan jumlah senaman yang dilakukan. Bagi mereka yang sudah mengidap diabetes, perubahan pilihan cara hidup seperti ini serta perubatan yang sempurna jelas akan memperbaiki kehidupan seseorang.

Pertama sekali, dari segi makanan – rakyat Malaysia harus mesra dengan alam, di mana dietnya merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, bahan rendah tenusu dan daging tanpa lemak.  Tidak perlu berlebihan – itulah punca penyakit diabetes! Apabila memilih minuman untuk diminum bersama hidangan anda, elakkan daripada jus dan minuman ringan. Kandungan gula di dalam minuman ini amat tinggi dan akan masuk ke dalam aliran darah anda dengan serta-merta. Perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mencairkan jus atau minuman ringan tersebut atau kurangkan pengambilannya sehingga sekurang-kurangnya satu cawan sehari. Mungkin sukar dilakukan pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meneruskan cara pemakanan yang sihat sebegini, dengan semulajadinya ia akan menjadi sebahagian daripada tabiat pemakanan harian anda!

Seterusnya, rakyat Malaysia juga harus meningkatkan kekerapan senaman harian dalam kehidupan mereka. 30 minit sehari sudah mencukupi. Ini tidak bermaksud bahawa anda harus menjadi ahli gimnasium atau menyertai sukan yang merumitkan untuk kekal sihat! Kerap berjalan, joging mahupun berbasikal dapat membantu anda menjaga kesihatan dan mengurangkan kebarangkalian anda mengidap penyakit diabetes. Sekiranya 30 minit terlalu sukar untuk anda, cuba amalkan berjalan kaki sedikit demi sedikit setiap hari dan perlahan-lahan tingkatkan ke jangka masa 30 minit.

Rakyat Malaysia juga harus mendapat “masa saya” yang berkualiti untuk mengelak diri daripada mengidap diabetes. Berehat di penghujung hari, pola tidur yang tetap adalah baik untuk kesihatan seseorang kerana ia akan memberi peluang untuk badan anda   memulihkan keadaannya. Ambil masa untuk berehat – tidak salah mengambil sedikit masa untuk diri sendiri di mana anda berada luar dari keadaan yang amat menekankan. Jangan pula mengurangkan tidur! Tidur merupakan masa paling penting dalam sehari untuk membantu badan anda pulih daripada tekanan hari tersebut. Mengekalkan kesihatan badan anda dengan cara ini akan membantu meningkatkan daya tahan terhadap penyakit seperti diabetes.

Akhir sekali, mungkin satu idea yang baik untuk memeriksa julat Indeks Jisim Badan (BMI) anda. Berat badan yang sihat adalah penting – dan perlu diingatkan bahawa kurus tidak semestinya sihat. Jika julat BMI anda adalah antara 18 dan 25, anda termasuk dalam julat yang ideal untuk berat badan yang sihat. Menurut Program Pencegahan Diabetes, bagi mereka yang mempunyai BMI lebih tinggi daripada 25, mengurangkan kira-kira 5-10% daripada berat badan anda jelas akan mengurangkan kebarangkalian anda mendapat diabetes. Seperti yang telah dinyatakan berkali-kali di dalam rencana ini, titik utamanya adalah mengekalkan kesihatan badan anda.

Kesimpulannya, bagi mencegah diabetes dari bermula, kekalkan diet yang menyihatkan, senaman dan berat badan. Perlu diingatkan bahawa dalam jangka masa yang panjang, anda sebenarnya menyelamatkan diri anda sendiri daripada kerumitan diabetes dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan kesihatan. Sempena Hari Diabetes Sedunia ini, mari kita ambil langkah-langkah kecil mencegah penyakit diabetes.

http://www.infodesa.gov.my/web/guest/mencegah-diabetes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...