Minum Kopi Kurangkan Risiko Penyakit Diabetes


Satu kajian menyatakan bahawa terdapat bukti baru yang menyatakan bahawa minum kopi secara berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes ataupun dengan nama lain, kencing manis. Bagaimana ia berlaku? Kajian tersebut menyatakan bahawa kaffein yang ada pada kopi tersebut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko diabetes. Sukar mempercayainya bukan?

Walaubagaimana pun kajian ini dilakukan terhadap tikus dan ia diterbitkan melalui jurnal ACS’ Journal of Agricultural and Food Chemistry.  Saintis yang menjalankan kajian tersebut memberi minum kopi dan air kepada beberapa kumpulan tikus yang biasa digunakan untuk kajian diabetes. Konsep yang diketengahkan adalah kafein dapat membantu mencegah paras glukosa yang tinngi dalam badan dan ia juga membantu meningkat sensitiviti insulin.

Seperti yang anda sudah sedia maklum kencing manis (diabetes mellitus) merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Disebabkan dengan budaya pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat maka penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat Malaysia. Setiap minuman yang mengandungi gula dan setiap makanan yang mengandungi gula mampu menyumbang kepada penyakit kencing manis.

http://psipum.org/minum-kopi-kurangkan-risiko-penyakit-diabetes/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...