Kelantan Khuatir Peningkatan Kes Diabetes


KOTA BAHARU — Kelantan khuatir dengan peningkatan ketara jumlah penghidap baru kes diabetes di negeri ini, yang berpunca daripada tabiat penduduknya mengambil gula secara berlebihan kata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Wan Ubaidah Omar.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas, kira-kira 25,500 penduduk menghidap diabetes dengan lebih 4,000 orang merupakan kes baru.

“Ini yang kita bimbangkan kerana segala langkah telah kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat namun mereka menganggap penyakit ini sebagai biasa sahaja.

“Mereka telah menjadikan mengambil gula berlebihan ini adalah gaya hidup rakyat Kelantan dan penyakit ini merupakan penyakit biasa yang tidak perlu digeruni,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.— BERNAMA

http://mynewshub.my/2012/03/04/kelantan-khuatir-peningkatan-ketara-kes-diabetes/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...