Dianggarkan 2.6 juta atau 10 % rakyat negara ini menghidap penyakit kencing manis dan jika trend peningkatan itu tidak berubah, jumlah tersebut akan meningkat kepada 3.38 juta orang pesakit menjelang 2020. Sumber: www.utusan.com.my
Secara global jumlah pesakit kencing manis dianggarkan
 seramai 150 juta orang dan dijangka meningkat kepada 300 juta menjelang
 2005. Seramai 10 hingga 12 peratus (2.7 juta) orang dewasa di negara 
ini didapati terdedah kepada penyakit kencing manis. Harian Metro, Rabu – 29 November 2000
Pada
 tahun 2000, jumlah pesakit kencing manis di seluruh dunia dianggarkan 
seramai 151 juta orang dan dijangka meningkat 50 peratus kepada 220 juta
 pada 2010 dan mencapai 300 juta pada 2025 jika amalan gaya hidup 
penduduk dunia yang tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam tetap 
diteruskan. www.hmetro.com.my
Di Malaysia, 8.2 peratus rakyat negara ini mendapat kencing manis pada 1996 dan meningkat kepada 11.55 peratus pada 2006. www.hmetro.com.my
Berdasarkan
 perangkaan rasmi, setiap rakyat Malaysia memakan secara purata 24 sudu 
teh iaitu bersamaan dengan 120 gram gula sehari dan jumlah ini mencecah 
3.6 kilogram gula yang dimakan setiap bulan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Di Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan antara 2000-2030 akan berlaku peningkatan 164% pesakit kencing manis.
 Andaian itu terbukti apabila pada 2000, jumlahnya adalah 0.94 juta 
manakala pada 2030 jumlahnya akan menjadi 2.48 juta jika tiada sebarang 
langkah dilakukan. www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment