Nasi Putih Meningkatkan Risiko Diabetes Jenis 2

Rakyat Malaysia dan juga penduduk Asia popular dengan makanan asasi mereka iaitu nasi putih. Satu kajian mengenai perkaitan antara pengambilan nasi putih dan risiko Diabetes Jenis 2 ini telah dijalankan. Kajian dilakukan bertujuan untuk melihat sama ada risiko menghidap Diabetes Jenis 2 ini bergantung kepada jumlah nasi yang diambil. Kajian dijalankan ke atas dua buah negara Asia iaitu China dan Jepun serta dua buah negara Eropah iaitu USA dan Australia.

Nasi putih merupakan makanan utama dalam kalangan jenis beras yang dimakan di seluruh dunia. Nasi putih ini tinggi dengan nilai GI (Glycemic Index). Diet dengan nilai GI yang tinggi meningkatkan risiko menghidap Diabetes Jenis 2. Pengkaji menganggarkan bahawa risiko Diabetes Jenis 2 meningkat 10% dengan setiap penambahan pengambilan nasi putih ( anggaran 158gram per hidang).

Beras putih mengandungi nutrien yang rendah berbanding dengan beras perang termasuk serat, magnesium dan vitamin yang mana mempunyai kaitan merendahkan risiko Diabetes Jenis 2.



sumber: sciencedaily.com & bmj.com
http://blackrosehunter.blogspot.com/2012/03/nasi-putih-meningkatkan-risiko-diabetes.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...