KOTA BHARU: Jumlah penghidap diabetes di negara ini semakin membimbangkan apabila kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan peningkatan tiga juta penghidap kencing manis tahun ini berbanding hanya 1.5 juta lima tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, keadaan lebih membimbangkan apabila dua juta rakyat negara ini yang mempunyai kandungan gula dalam darah tinggi masih belum membuat pemeriksaan doktor.
Katanya, diabetes penyakit senyap dan
jika dibiarkan berlanjutan ia akan memberikan komplikasi kesihatan
seperti risiko buta, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati
pucuk. “Keputusan awal kajian NHMS 2011 yang dijangka diterbitkan
Disember ini, menunjukkan peningkatan penghidap diabetes di negara ini
dengan lebih tiga juga orang berbanding lima tahun lalu, hanya 1.5 juta
orang.
“Lebih
membimbangkan lagi ialah dua juta orang dewasa mempunyai kandungan gula
tinggi dalam darah dan ini menunjukkan masih ramai rakyat negara ini
belum melakukan ujian saringan kesihatan mereka secara tetap serta
berkala,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik melalui laman web
Kementerian Kesihatan (KKM).
Dr
Hasan berkata, tahap penjagaan penyakit bagi mereka yang sudah disahkan
menghidap diabetes dan penyakit NCD masih tidak memuaskan, apabila data
KKM mendapati satu daripada lima pesakit terbabit mencapai sasaran gula
dalam darah yang baik.
“Data
juga mendapati dua daripada lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah
yang optimum; satu daripada empat pesakit mencapai sasaran tahap
kolesterol yang baik dan hanya satu daripada enam pesakit berada pada
tahap BMI yang ideal,” katanya. Sehubungan itu, katanya, semua rakyat
Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas disyorkan segera menjalani ujian
saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) setiap tahun bagi
memastikan tahap kesihatan sentiasa terjamin.
Sumber Berita Harian 11 November 2011
No comments:
Post a Comment