Kencing Manis Semakin Muda

 

Kencing manis merupakan satu penyakit yang rumit dan susah diatasi. Ramai pakar perubatan masih menggaru-garu kepala bertanya-tanya apakah punca sebenar penyakit kencing manis ini.

Zaman dulu, kencing manis hanya boleh dikesan di antara golongan yang berumur 50-an ke atas, tetapi kini penyakit ini telahpun meresap ke golongan masyarakat yang lebih muda sehingga ada yang dikesan mempunyai bacaan gula darah yang tinggi pada umur 20-an!

Saya tidak berani bayangkan apa yang akan berlaku kepada generasi-generasi yang akan datang. Bukan sahaja penyakit kencing manis, penyakit-penyakit moden yang lain seperti sakit gout, tekanan darah tinggi, kanser, dan lain-lain lagi turut menunjukkan trend perkembangan yang sama.

Walaupun pelbagai institusi penyelidikan sudah melabur berjuta-juta dollar dalam penyelidikan penyakit kencing manis ini, malah masih tiada satu penawar kencing manis yang betul-betul berkesan dalam memperlahankan perkembangan penyakit ini.

http://kencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...