Faktor Risiko Penyakit Kencing Manis / Diabetes

Kurang Aktiviti Fizikal
Tidak aktif/bersenam berkait rapat dengan peningkatan risiko
penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang
dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara
meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin. Ini terjadi dengan
mengurangkan berat badan melalui senaman.


Kegemukan
Kegemukan mempunyai risiko penyakit kencing manis yang
tinggi. Berat badan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
kesihatan kita sepanjang hayat. Orang yang gemuk pada
amnya kurang sihat dan mudah terdedah kepada berbagai
penyakit.

Faktor Pemakanan
Pengambilan makanan yang banyak lemak dan kurang
serat mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat
kencing manis. Kekurangan zat makanan di peringkat awal
umur seseorang itu juga boleh meningkatkan peluang yang
sama. Walaubagaimanapun, kesan buruk dari pemakanan ini
berbeza antara individu.

Faktor Keturunan

Kencing manis mempunyai kaitan yang kuat dengan pertalian
kekeluargaan. Kajian keluarga dan kembar telah
membuktikan dengan kukuhnya peranan keturunan dengan
penyakit kencing manis.

Faktor Lain
Antaranya ialah umur dan bangsa atau kumpulan etnik
mempunyai hubungkait yang rapat dengan peningkatan risiko
penyakit kencing manis. Umur yang lanjut dan etnik India
mempunyai risiko yang tinggi terhadap kencing manis di
Malaysia.

http://intra.hukm.ukm.my/kppk/brosur_kesihatan/brosur_kesihatan_06_03_1.pdf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...