9 Simptom Penyakit Kencing Manis

Kencing manis merupakan penyakit yang banyak melanda rakyat Malaysia sekarang. Banyak faktor yang mendorong kenapa Malaysia antara Raja Kencing Manis di dunia. Pemakanan sudah tentu dan ada juga yang mahu berdalih dengan salahkan genetik. Walau apa pun faktornya, elok sekiranya korang check adakah korang berisiko kena kencing manis ni. Heyy, orang muda tak mustahil akan kena ok!
  1. Kerap kencing – Simtom awal orang yang menghidap penyakit ini adalah kerap ke tandas. ya, untuk kencing! Selalu dahaga dan membuatkan tandas adalah peneman sejati
  2. Berat badan turun – Walaupun ramai yang suka dengan penurunan berat badan, simtom untuk kencing manis juga boleh dilihat dengan penurunan berat badan yang mendadak. Penurunan ini sudah pasti tidak sihat dan kalau korang tiba2 je turun berat badan tanpa lakukan apa-apa, baik check!
  3. Cepat lapar – lapar je memanjang juga adalah tanda untuk menghidap kencing manis. pelik? jangan fikir lama sangat, jumpa doktor cepat-cepat!
  4. Masalah kulit – kalau tiba2 rasa kulit cukup sensitif, buat ini tidak selesa, buat itu tidak selesa, itu adalah antara simtom yang perlu perjumpaan dengan doktor secepat mungkin
  5. Proses sembuh luka yang lambat – mana2 anggota badan tercedera misalnya dan mengambil masa yang lama untuk pulih juga simtom penyakin ini. berhati2lah!
  6. Cepat letih – takde tenaga nak buat itu ini, bahaya sebab ia sudah peringkat teruk. Perlu mendapat khidmat doktor dengan secepat mungkin
  7. Jangkitan kulat – bahaya terutama perempuan, badan akan cepat sangat berasa effect sebarang penyakit yang merebak. imunisasi sangat kurang. kalau di bahagian vagina, pompuan perlu sangat berhati2 dengan kebersihan
  8. Mata kabur – dulu kalau mata ok je, tiba2 start jadi kabur, tak boleh nak tengok benda jauh, masa untuk berjumpa dengan dontor!
  9. Kaki sembap – orang kata kalau kaki sembap ni tak cukup air. Jangan ambil remeh sangat, check dengan doktor takut ia merupakan kesan dari kencing manis sebab kaki sembap ini antara simtom akhir untuk seseorang berpenyakit kencing manis ini
Bukan mahu menakut-nakutkan korang, tapi ingatlah yang senarai atas ini adalah simtom untuk penyakit yang sangat bahaya. Sesudah kencing manis, macam-macam penyakit akan datang. Lebih baik check, nanti sudah terkena, pasti masa tu dah terlambat!

http://faridzulasyraf.com/9-simtom-penyakit-kencing-manis

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...