Tips Pesakit Kencing Manis : Bagaimana Nak Merawat Kaki Anda?

Rawatan kaki sangat penting untuk kita semua. Bukan sahaja bagi mereka yang mengidap kencing manis sahaja. Rawatan kaki adalah salah satu penjagaan kesihatan diri kita.

Bagi mereka yang mengidap kencing manis atau diabetes, anda harus mencegah kaki anda dari terluka. Ini kerana, luka boleh mengundang infeksi, kerosakan saraf dan mengakibatkan berlakunya kekurangan aliran darah. Jika ini berlaku dalam satu tempoh jangka masa yang lama, kemungkinan besar akan menimbulkan gangren.

Rawatan kaki secara umumnya dilakukan setiap hari. Kaki dan telapak kali dicuci dengan sabun lembut, disiram air dan dibilas. Proses ini diulang sehinggalahanda pasti ianya betul-betul bersih.

Kemudian keringkan kaki, terutamanya disekitar celah-celah jari kaki. Jika kawasan ini lembab, kawasan ini berisikoterkena jangkitan. Pesakit kencing manis digalakkan memakai kasut sama ada semasa diluar rumah ataupun di dalam rumah (cari yang sesuai untuk dalam rumah yer!). Ini adalah untuk mengelakkan kaki anda tercedera dan terkena jangkitan atau kotoran.

Akhir sekali, hindari daripada mencuci kaki dengan air panas kerana ini akan mengganggu sistem saraf kaki anda. Dan sekaligus akan membuatkan anda kurang peka terhadap infeksi.

Sekian Terima kasih

Ameen 
http://bloginfokesihatan.blogspot.com/2011/08/tips-pesakit-kencing-manis-bagaimana.html

1 comment:

  1. silap haribulan kena potong kaki..jemput singgah blog sy munngkin dapat membantu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...