Buat satu ketika sebelum 1990-an, ubat kencing manis jenis sulfonilurea merupakan satu-satunya ubat diabetes jenis telan untuk kencing manis yang terdapat di Amerika Syarikat.
Ubat kencing manis jenis Sulfonylureas bertindak dengan memaksa pankreas untuk menghasilan insulin yang lebih banyak demi menurunkan kandungan glukosa dalam darah.
Untuk ubat kencing manis ini berfungsi, pankreas anda patut masih berkebolehan untuk menghasilan insulin. Jika pankreas anda sudah gagal sampai langsung tidak boleh menghasilkan sebarang insulin, and tidak sesuai untuk mengambil ubat diabete jenis ini. Dan jika anda mempunyai alahan terhadap ubat jenis sulfa, anda harus mengelakkan daripada mengambil sulfonilurea.
Terdapat beberapa jenis ubat sulfonylurea yang boleh bertahan sepanjang hari, jadi anda cuma perlu mengambil ia sekali sehari sahaja. Demi keselamatan, anda patut mendapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai berapa kali sehari anda harus mengambil ubat kencing manis tersebut.
Waktu yang sesuai untuk pengambilan ubat ini adalah berbeza bagi setiap orang. Jika anda mengambil ubat sekali sehari, anda cuma perlu mengambilnya hanya sebelum sarapan. Jika anda mengambil ubat kencing manis ini dua kali setiap hari, anda mungkin akan mengambil pil pertama tersebut sebelum sarapan pagi dan pil yang kedua sebelum makan malam. Anda perlu memupuk tabiat mangambil ubat pada masa yang sama setiap hari. Doktor anda akan menasihat anda tentang kekerapan yang pengambilan ubat yang anda harus ikut, bergantung pada jenis sulfonilurea ditentukan.
Kesan Sampingan
- Sakit perut
- Kandungan glukosa darah menurun
- Gatal-gatal pada Kulit
- Peningkatan Berat Badan
http://ubatkencingmanis.info/
No comments:
Post a Comment