Masalah Perubatan Moden untuk Kencing Manis

Masalah Perubatan Moden

Setakat ini, tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis ini! Hakikatnya, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit Kencing Manis Jenis 2 TIDAK akan wujud! Ini adalah kerana para saintis dan pakar perubatan masih menuju pada arah yang sama! Mereka masih melihat masalah ini dari sudut fikiran yang sama seperti 50 tahun yang lepas.

Ubat! Ubat! Ubat!

Mereka lebih fokus pada mencipta Ubat daripada mencari punca sebenar penyakit ini. Anda tahukah siapa yang merupakan penaja utama semua 'kajian' saintifik mengenai pelbagai penyakit? Syarikat Membuat Ubat yang kaya raya itu!

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:

Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin.
Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.
Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.
Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Anda rasa mana satu antara ubat-ubat ini adalah semula jadi? TIADA satu pun! Ubat perangsang pankreas cuma memaksa ia berkerja O.T. untuk menghasilkan insulin yang lebih banyak! Begitu juga dengan ubat yang cuba meningkatkan sensitivi reseptor insulin pada membran sel. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi apabila anda paksa satu kuda lari berterusan tanpa berhenti atau rehat?

Semua ubat tersebut target pada pengurangan glukosa dalam darah. Tiada satu pun yang cuba untuk mengatasi punca sebenar Rintangan Insulin!

http://www.rawatankencingmanis.com/

1 comment:

  1. Artikel menyalahkan perubatab moden....tapi tidak memberikan sebarang cadangan lain????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...