Kencing Manis Ketika Hamil

Apa itu penyakit kencing manis semasa hamil?

Kencing manis ketika tempoh hamil atau juga dalam bahasa omputehnya disebut ‘gestational diabetes’ ialah keadaan yang mana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Dan keadaan ini hanya berlaku semasa seorang wanita itu hamil. Sebelum hamil dan biasanya selepas dia melahirkan anak, paras gula dalam darahnya akan kembali normal.

Siapa yang ada risiko untuk mendapat kencing manis ketika hamil?
  • Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang berlebihan semasa mengandung
  • Ibu-ibu yang ada sejarah melahirkan bayi yang beratnya melebihi 4 kilogram sebelum ini
  • Ibu-ibu yang ada sejarah anak lahir mati atau mati dalam perut (ketentuan Ilahi)
  • Ibu-ibu yang mempunyai ibubapa yang menghidap kencing manis (diabetes)
Tanda-tanda
  • Rasa dahaga yang belebihan
  • Kerap kencing
  • Jumlah air kencing yang berlebihan daripada biasa
So, kalau ada tanda-tanda di atas jangan kelam-kabut dulu… cuba gi check ngan doktor dan beritahu tentang
 
  
tanda-tanda tu.. Mungkin ada dan kemungkinan juga tiada.. Kebiasaannya juga wanita yang mengandung dalam tiga bulan pertama memang pun kerap buang air kecil sebab dikatakan baby kat dalam tu dok tekan bladder. Hmm.. bila dah selalu kencing tentulah dahaga.. ye tak… Anyway, apa-apa pun biar doktor check untuk kepastian.

Tapi kalau memang ada kencing manis ketika hamil, eloknya kita lebih berhati-hati.

Jika kencing manis tak dikawal, komplikasi berikut boleh berlaku
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Berat baby dalam kandungan boleh melebihi 4 kilogram. Kesannya akan menyebabkan kesukaran bersalin secara normal
  • Kandungan cacat
  • Jangkitan kulat dan vagina (candidiasis)
  • Kembar air (polyhydramnios)
Nasihat untuk pengidap kencing manis ketika hamil
  1. Amalkan pemakanan mengikut piramid makanan (maksudnya makan makanan yang berkhasiat ler..)
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula
  3. Amalkan kebersihan diri
  4. Selalu bersenam
  5. Menukar ubat makan (pil) kepada suntikan insulin bagi yang telah menghidap kencing manis sebelum mengandung
  6. Mematuhi nasihat doktor dan arahan jururawat atau kakitangan kesihatan
http://www.petuatradisional.com/tips/kencing-manis-ketika-hamil

1 comment:

  1. Thanx atas sharing..Info yang bermanfaat..^_^

    http://nurkids2u.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...