Petua Ubati Kencing Manis

Salam,
Apa khabar suma? Sihat walafiat hendaknya.. ehh.. macam mukadimah tulis surat lak.. hehe.. Apa-apa pun che petua berdoa agar uols semua mempunyai kesihatan yg baik dalam menjalani ibadah dan aktiviti seharian.
Tetiba jer che petua bukak citer pasal kesihatan nie bukan apa.. ye lah.. terkenangkan ibu che petua di kampung yg baru minggu lepas che petua gi jenguk tanya khabar.  Ibu che petua ada penyakit kencing manis.  So, kena banyak berpantang tak leh makan benda-benda manis yg biasanya menjadi pojaan hati pengidap kencing manis nie.
Orang yg mengidap kencing manis nie teramat-amatlah penting bagi mereka utk minum air secukupnya setiaptanda-tanda penyakit kencing manis hari. Maksud cukup tuh tak tahulah berapa banyak.. agaknya 8 gelas sehari seperti yg disarankan oleh kebanyakan doktor lah kot.
So, bagi yg mengidap kencing manis tentunya  akan berhadapan sedikit kesukaran untuk mengamalkan ibadat seperti berpuasa. Bagi yg dah berpengalaman dan pandai mengawal nafsu daripada makan benda-benda manis nie dah tak ada masalah. Malah, boleh hidup macam biasa seolah-olah tak ada pun kencing manis.
Alhamdulillah.. kesihatan ibu che petua bertambah baik. Nak tahu apa rahsianya?
Hmmm.. uols suma jangan lak kepoh-kepoh yer… jangan pulak ada yg pergi laporkan kepada polis.. sebab kalau polis tahu ibu che petua leh kena tangkap nie..
Rahsianya ialah dia minum air daun ketum! Mana dia dapat? Ada ler kawan yg bagi.. hehe.. Sapa-sapa yg nak pepandai ler cari sendiri yer..hehe..  Tapi menurut ibu che petua, dia kata air daun ketum yg kawan dia bagi tuh bukannya sepertimana yg dijual kat ‘kedai’ tuh… Yg ada di pasaran tu selalunya dah dicampur ngan pelbagai bahan kimia termasuklah ubat nyamuk, racun tikus dsb.nya supaya lebih uuumphhh..! Itu menurut ibu che petua lah.. citer nie pun agaknya kawan dia yg beritahu..
So, citernya.. air daun yg ibu che petua minum tuh adalah yg asli.. maknanya tak dicampur dengan apa-apa bahan lain pun. Hanya air rebusan daun semata-mata.. Hmm.. sebab tu lah warna dia cam lain sikit.. warna kuning keperangan.. Setahu che petua.. air ketum yg dijual tuh biasanya warna hijau kalau tak silaplah.. hmm.. mungkin hijau tuh sebab campur ngan ubat nyamuk lah tuh.. hehe..
Ibu che petua sebenarnya bukan minum air tuh setiap hari pun.. dia minum lama-lama sekali itu pun setengah cawan jer… Katanya bila dah rasa cam penyakit kencing manis tuh macam nak menjadi balik.. barulah dia minum.. Dan bila pegi check di hospital, memang terbukti pun kadar kandungan gula dalam darah dia dah turun… Cumanya penyakit tak lah pulih sepenuhnya.. cuma ia berkurangan jer dan tak lah terlalu  kronik atau serius sangat.
Korang tahu kan.. pengidap kencing manis yg serius nie ada yg sampai tahap nak kena suntik insulin setiap hari.. Ubat makan dah tak de kesan dah.. Pas tu kalau terhiris luka sikit pun… fuhh.. memang makan masa berbulan-bulan nak baik..
Okey.. citer punya citer.. nih che petua nak kongsi petua rawat kencing manis.. Petua nie adalah alternatif kepada mereka yg tak dapat cari air daun ketum asli.. hehe..

Petua Rawat Kencing Manis

Petuanya ialah amalkan makan pucuk pegaga sebagai ulam ketika makan nasi. Makan setiap hari lagi bagus. Amalan ini dapat membantu mengurangkan gula dalam air kencing.
Selain itu, air rebusan akar dan daun pegaga juga boleh dijadikan sebagai minuman untuk mengurangkan penyakit kencing manis nie.
M.Onya rebus daun dan akar pucuk pegaga yg telah dibersihkan lebih kurang 30 helai. Rebus dengan dua cawan air. Selepas itu biar ia sejuk sendiri dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. InsyaAllah, jika diamalkan berterusan lama-lama akan terasa kesannya yg positif.
http://www.petuatradisional.com/tips/petua-ubati-kencing-manis

2 comments:

  1. Hai n salam
    For ur info my dad also have diabetes n he also take daun ketum
    Mmg betul sugar lvl dari 20@18 bole drop sampai ke 6-8. Apa yg writer sebutkan mmg btul n kene minum rebusan air tu sendiri. Amik daun then rebus dalam periuk dats all
    JANGAN BELI dari org lain ditakuti tercampur bahan larangan. So kalau nk kene cari daun tu sendiri. Even kat selangor pon daun tu ada k
    Tapi sy xpasti apa side effect dia coz apa yg our news paper/ magazine sebutkan tu. Sy xnampak pon berlaku pada dad sy. Sy sedang membuat research ttg effect n benefit daun ketum for my dad. Hope sesiapa yg tahu can share with me coz my dad suffer from diabetes n daun ketum really help him reduce the sugar level. Hope someone can share also coz if daun ketum is good for diabetes people. That will help other people as well. As at now, my dad mmg drink daun ketum homemade ni n kami selalu check (monitor) his result daily n syukur nothing happen. Dont worry coz xkan khayal or ketagih (if rebus sendiri n xmix apa2. The colour is like a tea [yellow]). Now my dad tgh experiment sendiri untuk see samada ok or not. Hope if someone tau pls share with me
    U can email me:
    haikaljamal@gmail.com
    Kalau betul ketum is good, I would like to make it a medicine for diabetes patient. Pls share your experience as well
    Thank you n assalamualaikum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...