Rawatan Makanan Penawar Kencing Manis / Diabetes


Agak terkejut bila disahkan oleh doktor saya mengalami kencing manis Jenis 2. Nasib baik saya membuat pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan ke universiti baru ni kalau tak sampai sekarang pun masih tidak tahu saya mengalami diabetes. Terdapat sedikit tekanan perasan setelah tahu mengenai perkara ini. Maklumla terlalu muda untuk menerima penyakit yang selalu dikaitkan dengan orang  usia 40-an keatas. Walaupun hakikat sekarang ramai orang muda dapat penyakit:) Hakikat yang masih tak diterima. Namun hari ni saya redha.Penyakit datang ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Kalau dulu saya makan tidak menentu dan tidak mengamal gaya hidup yang sihat. Bila bermuhasahah diri baru la sedar apa yang dilakukan sebelum punca kepada penyakit ni.Huhuuu.

Bila doktor mengesahkan terdapat gula dalam air kencing pada pertama kali medical check-up, doktor mengarahkan saya buat pemeriksaan darah bagi mengesahkan kadar gula tersebut dengan membuat pemeriksaan OGTT. Apa itu OGTT? Oral Glucose Tolerance Test memerlukan saya ambil darah sebelum dan selepas berpuasa. Kadar gula dalam darah saya diambil sewaktu sebelum minum air gula 5.0 mmol dan selepas minum air gula kadar darah adalah 11.1 mmol. Jadi saya adalah diabetic Type 2. Kadar gula yang ideal adalah 5-6 mmol.

Selepas disahkan macam tu maka saya dengan segera meninggalkan makanan bergula dan nasi berkarbohidrat. Saya mula memakan nasi beras herba ponni seperti kebanyakan pesakit kencing manis makan dan hanya minum air masak sahaja. Setiap petang mula berjogging 1km sehingga kini berat badan telah turun 10 kilo dalam 1 bulan.

Dalam pada itu saya mula mencari maklumat mengenai kencing manis untuk mencari penyelesaian dari segi cara penjagaan dan diet kencing manis. Banyak buku-buku telah dibeli dan dibaca. Semangat untuk menjaga kesihatan mula berkobar-kobar maklumla dah mula jatuh sakit, kalau tak mana nak ingat semua tu.
Sedikit info mengenai penyakit kencing manis atau diabetes.

Diabetes merupakan general term kepada penyakit yang berkait dengan kencing berlebihan.Kencing manis Type-1  merupakan kencing manis jenis insulin-dependant disebabkan kegagalan insulin dihasilkan oleh badan.Ia juga dipanggil Juvenille Diabetes disebabkan hanya biasa terjadi kepada kanak-kanak sebelum ini.
Diabetic mellitus Type-2 merupakan kecing manis disebabkan disorder carbohydrate(sugar) metabolism atau juga dipanggil non-insulin dependant diabetes mellitus. Penyakit ini dibahagikan kepada hyperglycemia(gula dalam darah) dan glycouria(gula dalam air kencing).Ini disebabkan berlaku kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.

Satu jenis lagi ialah Pregnancy diabetes. Ini berlaku sewaktu seseorang mengandung sahaja dan akan hilang selepas bersalin tetapi boleh berterusan jika tidak dikawal.

Diabetes mellitus Type-2

Merupakan ketidakseimbangan metabolisma yang mana kadar gula (glukosa) menjadi tinggi dalam badan disebabkan badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi. Insulin merupakan hormon yang dikeluarkan oleh pancreas berfungsi mengawal kadar gula dalam darah. Gula dalam badan diserap ke dalam salur darah dan merangsang pancreas untuk mengeluarkan insulin. Insulin membenarkan gula bergerak dari darah ke dalam cell untuk menghasilkan tenaga.Tenaga ini digunakan terus atau disimpan dan digunakan apabila perlu.Bila kadar gula dalam darah berkurangan maka pengeluaran insulin juga berkurangan.Sekiranya seseorang itu mengambil karbohidrat- nasi yang banyak maka kadar gula dalam badan juga meningkat. Sekiranya badan tidak mengeluarkan insulin yang cukup untuk membawa gula ke dalam cell badan maka gula dalam darah menjadi tinggi.Kesannya kadar gula dalam cell badan berkurangan.

Adakah penyakit kencing manis ini boleh disembuhkan? Ini menjadi persoalan kerana dikatakan tidak boleh sembuh  cuma boleh dikawal sahaja. Dalam mencari maklumat saya terjumpa sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca kerana berbeza sekali dengan maklumat yang diperolehi oleh doktor ataupun buku-buku lain. Buku ini mengubahkan perspektif kita terhadap penyakit diabetes. Buku ini menunjukkan pesakit diabetes type 2 mempunyai peluang untuk sembuh dengan satu cara rawatan yang dinamakan Ecology Healing System. Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai buku utama Tajuk Diabetes Causes Cure and Prevention ditulis oleh Dr. V.M Palaniappan PHD. Beliau seorang doktor dan penyelidik yang membuat penemuan berkenaan diabetes ini. Beliau menyatakan pesakit kencing masih boleh dirawat dengan cara sistem rawatan secara ekologi. Dalam buku tersebut dinyatakan punca kepada penyakit kencing manis. Kenana gula manis? Gula manis disebabkan terdapat kalsium didalamnya. Maka kalsium lah punca kepada kemanisan sesuatu benda. Kadar kalsium yang tinggi dalam badan telah menyebabkan badan menjadi manis dan akhirnya menyebabkan kencing manis dan bukannya disebabkan pengambilan gula atau nasi. Bagi beliau nasi dan gula perlu diteruskan diambil jika tidak mahu pancreas kita berhenti bekerja.Akibat berhenti mengambil gula dan karbohidrat menyebabkan pancreas tidak menghasilkan insulin dan kemungkinan besar akan tidak efektif lagi untuk mengeluarkan insulin apabila kita tiba-tiba ambil gula. Sebab itu bagi buku ini apa yang dinasihatkan oleh doktor adalah tidak betul sama sekali apabila menyarankan pesakit mengurangkan penambilan nasi dan gula. Malah pesakit terus negatif terhadap 2 makanan ini dengan berfikiran kalau tidak ambil terus gula dan nasi tentu tiada masalah ini. Satu lagi punca menyebabkan berlakunya kencing manis apabila kalsium yang banyak didalam badan tidak dibuang melalui kencing apabila kita kurang kecing dan sesetengahnya kurang minum air. Bagi sistem ini, kita perlu minum air 2 liter sehari dan kencing juga harus mencapai 2 liter sehari barulah kalsium berlebihan dapat dibuang dari badan.

Buku ini menyatakan step by step bagaimana kencing manis type 2 boleh pulih. Antaranya mula membetulkan persepsi terhadap kencing manis, kalsium adalah punca kepada penyakit ini dan kalsium perlu dikurangkan, pengambilan air yang banyak dapat merangsang kencing yang banyak, amalan meminum kopi membantu penyembuhan, cara tidur, cara mandi, pengunaan air bertapis, cara menjaga kulit yang betul,herba yang berguna untuk kencing manis, cara makan dan jenis makanan perlu dielakkan. Dan menariknya sistem ini tidak menggalakkan pesakit kencing manis melakukan exercise yang mengeluarkan peluh kerana menganggu pengeluaran air kumuhan melalui air kecing yang menghalang pembuangan kalsium dengan cepat.Bagaimana anda tidak boleh tidur dibawah kipas angin yang laju, penggunaa air-cond yang memudaratkan,cara membuang air besar yang betul dan bagaimana hubungan seks membantu penyembuhan kencing manis dan bagaimana kencing manis menyelamatkan kita dari penyakit lain yang lebih berbahaya.

Kesimpulannya saya kini mula positif terhadap penyakit ini walaupun dimomokkan dengan pelbagai simptom seperti potong kaki,mata rabun, kena inject insulin, mati pucuk dan sebagainya.Mungkin anda juga seperti saya anda boleh dapatkan buku diatas untuk bacaan tambahan bagi mengubahkan persepsi terhadap kencing manis kerana lambakan maklumat di internet hanya membawa kita ke produk-produk kesihatan yang hanya menghabiskan wang. Sekian.

http://www.akuchey.com/rawatan-makanan-penawar-kencing-manis-atau-diabetes/

10 comments:

  1. Info yang menarik.

    dipersilakan ke blog saya untuk mengetahui kebaikan garam buluh untuk ubat kencing manis.

    semoga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  2. kat mana ye nak cari buku DIABETES: Causes, Cure and Prevention tu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. boleh saya tau kt mn nk cr buku nie..da byk kedai buku saya g..tp x jumpe

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ilmu. saya jugak penghidap diabetes type 2.

    ReplyDelete
  8. nice sharing.. tq for the info

    ReplyDelete
  9. saya ada terbaca tentang kaedah terbaru ni ...tapi tak pasti kalau dah smpai Malaysia ke tak

    Advanced Regenerative Non-invasive Transdermal Technology for Wound Care, Pain Relief and Much More

    ReplyDelete
  10. https://www.facebook.com/ZaFadzTeam/videos/1946038948757519/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...