8 Tanda Pelik Kencing Manis & Diabetes Yang Jarang Didengari

Gejala-gejala biasa yang berkaitan dengan kencing manis dan kadar gula dalam darah yang meningkat seperti banyak kencing, banyak minum dan banyak makan sudah biasa didengari. Tapi ada lagi beberapa petunjuk  tanda-tanda kencing manis / diabetes yang cukup mengejutkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixXOVsyoItr6ibIguSsGXCPc6z2U52rLO1yoJTqtWGjP_3-iONCwmetMpWizmW6-JBPdajfsPSNw5QHitGiRg0Or9rsj_4X0HIPdBwBpVakcypab81n14Jjz7LJV939xuQSEoLtg3mrNU4/s1600/images.jpeg
Banyak orang yang kadang-kadang tidak menyedari bahawa dirinya mengalami penyakit kencing manis atau diabetes mellitus, kerana memang gejala diabetes ini jarang-jarang disedari dan dibincangkan.

Dilansir USNews, Isnin (25/10/2010), ini 8 penunjuk tanda kencing manis / diabetes yang tidak disedari dan mengejutkan:

1. Saiz payudara yang besar
Menurut kajian yang telah diterbitkan pada Canadian Medical Association Journal, perempuan dengan saiz bra D atau lebih pada usia 20 tahun, 5 kali lebih kemungkinan untuk mengembangkan diabetes jenis 2 (kerana gaya hidup). Hal ini kerana saiz payudara adalah faktor yang signifikan dari indeks massa tubuh (BMI).

2. Warna alis  (bulu kening)
Bila sebahagian rambut di tubuh anda sudah mula beruban tetapi warna alis tetap gelap, maka anda perlu segera menyemak kadar glukosa darah. Hal ini kerana diabetes boleh menghalang proses rambut alis yang mulai memutih.

3. Bulan kelahiran
Penyelidikan baru yang telah diterbitkan dalam American Diabetes Association, menunjukkan bahawa bulan kelahiran memainkan peranan dalam perkembangan diabetes jenis 1. Hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang lahir di musim bunga (negara 4 musim) lebih mungkin mengembangkan diabetes jenis 1. Penyebab pastinya belum diketahui, tetapi penyelidik menduga hal ini kerana diet ibu atau paparan radiasi matahari.

4. Gangguan pendengaran
Sebaiknya anda jangan mengabaikan gangguan deria pendengaran, kerana gangguan pendengaran sekarang telah dikaitkan dengan komplikasi diabetes. Orang dengan diabetes 2 kali lebih kemungkinan mengalami gangguan pendengaran.

5. Kaki pendek
Studi di Johns Hopkins University mendapati bahawa laki-laki dengan kaki pendek lebih cenderung mengembangkan diabetes jenis 2 berbanding laki-laki berkaki panjang. Penemuan ini juga mengisyaratkan sesuatu yang lebih mendalam antara risiko diabetes dan perkembangan janin.

6. Kerosakan gigi
Menurut Harvard Schools of Public Health and Dental Medicine, orang yang mempunyai penyakit periodontal atau kehilangan gigi akan meningkatkan risiko untuk diabetes. Kajian tersebut mendapati bahawa orang yang kehilangan gigi meningkatkan risiko diabetes untuk kedua-dua jenis kelamin sebanyak 14-29 peratus, sedangkan penyakit periodontal dianggap sebagai komplikasi diabetes.

7. Rambut / bulu gugur
Pesakit diabetes dengan aterosklerosis mungkin juga mengalami rambut gugur atau rambut menipis. Hal ini terjadi kerana ada penebalan dinding pembuluh darah arteri yang sempit ke seluruh tubuh, termasuk kulit. Pembuluh darah sempit bererti oksigen kurang, yang menyebabkan gejala seperti kehilangan rambut dan kulit berkilat dan menebal. Rambut gugur tidak hanya terbatas pada satu kawasan tertentu dari tubuh.

8. Paparan racun perosak
Berdasarkan Agricultural Health Study, petani yang sering terdedah kepada racun perosak boleh meningkatkan risiko diabetes kerana pendedahan jangka panjang terhadap racun perosak dan herbiside telah ditemukan sebagai sebab meningkatnya risiko mendapat kencing manis / diabetes.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...