Ubat Kencing Manis / Diabetes Berasaskan Herba

 

Sejak akhir-akhir ini, syarikat farmaseutikal semakin berminat untuk mendalami perubatan herba (selalunya dirujuk sebagai perubatan tradisional atau perubatan lama). Ini kerana, ubatan moden adalah spesifik walaupun ia berkesan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Biasanya, ia diperbuat daripada sejenis bahan kimia sintetik sahaja.

Sebaliknya, ubatan herba mengandungi campuran pelbagai bahan kimia aktif yang terdapat dalam tumbuhan herba tersebut. Bahan kimia aktif tumbuhan ini saling berinteraksi untuk memberikan kesan terapi bagi menyembuhkan penyakit.

Namun, mampukah ubatan herba memberikan jawapan kepada semua jenis penyakit? Bolehkah ubatan herba digunakan untuk semua keadaan? Tidak. Sebagai contoh, apabila berlakunya kecemasan di mana tekanan darah seorang pesakit meningkat sehingga membahayakan nyawanya. Dalam keadaan ini, faktor masa adalah sangat penting dan hanya produk farmasi sahaja dapat memberikan penyelesaian segera.

Ubatan herba biasanya mensasarkan kepada kebaikan jangka masa panjang. Mereka menggunakan kaedah yang lebih holistik untuk tahap kesihatan badan secara menyeluruh berbanding menyembuhkan setiap gejala penyakit. Pakar herba menggunakan ekstrak daripada beberapa bahagian pokok seperti akar, buah atau daun dalam menyediakan ubatan herba ini.

Menurut konsep perubatan herba, interaksi antara pelbagai bahan kimia bio-aktif yang terdapat dalam ekstrak herba bagi setiap tumbuhan herba (ataupun interaksi antara beberapa tumbuhan herba dalan satu ubatan herba) memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan dan juga membuang toksik.

Sebagai contoh ekstrak halia. Ekstrak ini bukan sahaja menyumbangkan nutrisi malah turut mempunyai nilai terapi seperti merangsang imunisasi dan mencegah jangkitan virus. Secara beransur-ansur, tubuh pesakit telah membina daya rintang terhadap penyakit dan ini memperbaiki kesihatan fizikalnya secara menyeluruh.

Produk-produk yang berasakan herba yang di hasilkan melalui kaedah tradisional juga dewasa ini di lihat dapat membantu banyak pesakit kencing manis untuk sembuh dengan baik. Bagi sesetengah pesakit kencing manis, ada di kalangan mereka percaya hanya dengan memakan ubat kencing manis yang di berikan oleh doktor dapat mengawal penyakit mereka dan tidak mahu langsung mencuba rawatan selain daripada kaedah tersebut. Sehinggakan sesetengahnya terpaksa memotong jari atau kaki mereka akibat telah berputus asa dan hanya mengambil jalan yang singkat serta tidak mahu mencuba kaedah rawatan selain daripada rawatan di hospital. Sedangkan banyak lagi kaedah rawatan alternatif untuk merawat kencing manis yang boleh di cuba.

Dengan adanya pelbagai fungsi hanya dalam sejenis herba, pakar herba berpegang teguh kepada teori interaksi tersebut. Ini menjelaskan betapa mereka mementingkan proses pencegahan disamping merawat penyakit. Pakar herba ini berusaha untuk mempelbagaikan interaksi ubatan herba ini untuk kesihatan secara menyeluruh berbanding hanya mencari satu ubat untuk satu keadaan. Ini tidak boleh dilakukan oleh ubatan moden yang mana mengandungi hanya satu ubat untuk merawat satu jenis penyakit.

Walaupun potensi besar herba ini telah didedahkan, kebanyakan faedah yang diperkatakan masih tertakluk kepada kesahihannya ataupun masih tidak diuji secara saintifik. Disebabkan itu, ubatan herba ini sering diragukan oleh golongan saintis.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa faedah kesihatan yang terdapat pada herba adalah tinggi. Namun, dunia herba adalah sangat luas dan kompleks. Kebanyakan syarikat membuat kenyataan bahawa produk yang mereka hasilkan adalah bagus untuk kesihatan tetapi ia mungkin tidak dapat dibuktikan secara klinikal.

Kita memerlukan lebih banyak penglibatan golongan profesional dan penyelidikan yang boleh dipercayai. Khasiat herba yang masih menjadi misteri mestilah didedahkan dan dikaji. Buat masa ini, perubatan herba masih memerlukan penyelidikan menyeluruh untuk mengesahkan keberkesanannya. Walaupun adakalanya ia menawarkan kesan kesihatan secara menyeluruh, ia tetap tidak boleh menggantikan terus ubatan moden.


http://www.hewo.com/my/article.aspx?id=1137

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...