Kencing Manis dan Sakit Gout


Jika anda berumur 30-an ke atas, anda boleh cuba tanya 10 orang daripada kawan atau saudara yang berada dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama dengan kamu, berapa orang daripada mereka yang menghidapi masalah kencing manis (diabetes) dan gout. Saya amat pasti bahawa sekurang-kurangnya 3 orang daripada 10 orang yang disoal itu telahpun menjadi mangsa daripada salah satu penyakit di atas itu.

Masalah kencing manis dan sakit gout telahpun menjadi satu ancaman utama kepada kesihatan rakyat Malaysia. Kedua-dua penyakit ini adalah penyakit moden yang berpunca daripada tabiat hidup yang semakin selesa. Orang zaman moden sekarang kuat makan! Dan mereka suka makan apa-apa saja tanpa peduli khasiat makanan yang dimakan itu.

Selain daripada membina hospital yang semaking besar dan import doktor-doktor dari luar negara, kerajaan patut lebih fokus pada kempen kesedaran mengenai penyakit kencing manis dan gout ini. Kedua-dua penyakit berpunca daripada masalah LEBIH makan yang menyebabkan kandungan gula dan asid urik yang lebih dalam darah.

http://kencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...