Mengawal Kencing Manis / Diabetes


Bagi pesakit kencing manis sama ada yang kronik atau masih di tahap awal mendapat risiko penyakit tersebut, pengawalan dari semua aspek perlu dilakukan sebagai rutin dalam kehidupan mereka. Ini bagi memastikan keadaan kencing manis tersebut masih boleh di kawal dan berada di tahap yang masih boleh di terima dan tidak akan menjejaskan kehidupan seharian mereka. Antara aspek-aspek pengawalan yang boleh di lakukan ialah:
  1. Amalkan pemakan yang seimbang dan berjadual.
  2. Jauhi makanan yang mengandungi kadar kalori, gula dan lemak yang tinggi.
  3. Bersenamlah selalu dengan berjalan kaki, jogging, mengayuh basikal, berenang dan permainan yang mengunakan reket bagi menguatkan jantung dan memperbaiki keberkesanan insulin.
  4. Buatlah senaman regangan untuk memperbaiki peredaran darah
  5. Kekalkan berat badan yang sesuai dan kurangkan lemak dan kolestrol di dalam darah.
  6. Periksa kaki, badan anda jika terluka, berkudis, melecet dan bertukar warna. Dapatkan rawatan segera.
  7. Sapukan pelembab untuk menjaga kulit muka.
  8. Selalulah berjumpa doktor dan makanlah ubat seperti mana yang di syorkan.
Dipetik daripada brochure Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...