Awas Suntikan Insulin untuk Kencing Manis


KENCING manis atau diabetes bukan penyakit asing di kalangan masyarakat. Penyakit ini sangat digeruni kerana boleh mendatangkan pelbagai komplikasi serius, termasuk maut dan buta. Bagaimanapun, pesakit masih mampu menjalani kehidupan sihat seperti individu yang bebas daripada
Tiada alasan untuk pesakit kencing manis meninggalkan puasa kerana golongan ini masih boleh berpuasa seperti individu biasa, bergantung pada kestabilan penyakit mereka.
Begitupun, Pensyarah dan Pakar Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ada beberapa kategori pesakit yang dibenarkan tidak berpuasa iaitu:
•  Semua pesakit kencing manis yang tidak terkawal berdasarkan pendapat doktor. Penyakit kencing manis yang tidak akan menyebabkan kekurangan air dan mengalami komplikasi penyakit diabetes lain seperti jangkitan kuman dan koma
•  Pesakit yang tidak mengikuti nasihat penjagaan makanan, ubat-ubatan dan insulin
•  Pesakit yang mengalami komplikasi diabetes seperti penyakit jantung yang tidak stabil dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
•  Pesakit yang kerap mendapat koma diabetek ketoacidosis
•  Pesakit yang kerap mengalami koma hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), terutama yang pernah terkena dua atau lebih koma hipoglisemia pada Ramadan yang lalu
•  Pesakit yang mengalami sebarang jangkitan kuman. Tanda awal dan penting ialah suhu badan tinggi (demam)
•  Pesakit yang berumur dan tinggal berseorangan
•  Pesakit mengandung dan memerlukan insulin
•  Pesakit kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
 Beliau berkata, pesakit kencing manis yang stabil dan tidak memerlukan insulin serta mempunyai berat badan berlebihan digalakkan berpuasa dan pada masa sama disaran mengikuti langkah berikut:
•  Mesti mengambil sahur seperti biasa
•  Tidak dibenar lambat berbuka puasa
•  Mengambil ubat dan insulin seperti disyorkan doktor ketika Ramadan
•  Jangan makan berlebihan sewaktu berbuka. Makanan mengandungi gula tinggi mesti dikurangkan seperti kuih-muih. Buah kurma dibenarkan tetapi sekadar mengambil berkat atau mengikut sunnah
•  Berusaha mengawasi penyakit dan penjagaan kesihatan
•  Mesti tahu mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia (ketinggian gula dalam darah) dan kekurangan air
•  Apabila pesakit mengalami ketiga-tiga tanda itu, mereka mesti berbuka puasa. Kegagalan berbuka puasa membawa kepada komplikasi berbahaya. Puasa yang memudaratkan kesihatan adalah haram pada pandangan syariah
•  Perubahan kepada ubat dan insulin perlu diambil kira. Ini kerana pesakit tidak mengambil sarapan pagi dan tengah hari serta jangka waktu berpuasa yang panjang iaitu hampir 14 jam.
 Sesetengah ubat dan insulin yang bertindak dalam jangka masa lama mungkin perlu ditukar kepada jangka pendek untuk mengelakkan hipoglisemia. Sesetengah ubat dan insulin pula perlu ditukarkan kepada yang bertindak dalam jangka masa panjang untuk mengelak tahap gula tinggi pada waktu petang sebelum berbuka.
Menurut Dr Azmi, pesakit kencing manis perlu mengetahui tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan kekurangan air supaya masalah itu dapat dielak pada peringkat awal. Tanda hipoglisemia ialah:
•  Gelisah dan tiada tentu arah
•  Lemah
•  Lapar
•  Berpeluh
•  Pucat
•  Berdebar
•  Menggeletar
•  Nadi laju
•  Koma (tidak sedarkan diri)
 Pesakit yang mempunyai glucometer (meter untuk menyukat tahap glukos-gula dalam darah) mesti membuat ujian darah dengan segera. Jika pesakit mempunyai tanda itu, hendaklah segera berbuka.
Tanda hiperglisemia iaitu kerap membuang air kecil, tersangat lapar dan keletihan. Jika timbul tanda itu, pesakit perlu membuat ujian darah dan jika tahap glukos tinggi, mereka perlu mengubah pengambilan ubat atau insulin selepas mendapat nasihat doktor.
Tanda kekurangan air pula ialah terasa sangat haus, kulit dan lidah kering dan fikiran bercelaru. Pesakit mesti minum dengan segera bagi mengatasi masalah itu.
Diet 
Kurang menjaga pemakanan ketika berbuka dan waktu malam akan meningkatkan berat badan pesakit kencing manis dan merumitkan kawalan penyakit. Faedah kesihatan daripada berpuasa hanya boleh dikecapi jika seseorang itu menjaga pemakanan mereka.
Senaman
Beberapa kajian menunjukkan aktiviti ringan dan sederhana pada Ramadan, jika dilaksanakan dengan baik, tidak memudaratkan pesakit kencing manis. Jika bercadang melakukan kegiatan fizikal, perubahan tertentu perlu dibuat terhadap pemakanan dan ubat pada waktu Subuh supaya tidak mengalami hipoglisemia.
Ubat
Pesakit yang memerlukan ubat untuk mengawal kencing manis, terutama yang mempunyai berat badan berlebihan, tiada masalah untuk berpuasa dengan syarat mengubah jumlah pengambilan ubat.
Untuk makluman, pesakit dinasihatkan mengubah dos ubat seperti glibenclamide, gliclazide, chlorpromide, aglipizide yang diambil pada waktu pagi ketika tidak berpuasa berbanding waktu berpuasa.
Dos yang diambil sebelum makan malam diambil sebelum sahur. Kemungkinan, pesakit perlu mengurangkan dos yang diambil sebelum sahur bagi mengelak hipoglisemia.
 Menurut Dr Nor Azmi, sebarang ubah suai jadual pengambilan ubat perlu dibincang dan dirujuk kepada doktor terlebih dulu bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan.
 Insulin
Pesakit yang memerlukan insulin yang dibenarkan berpuasa, perlu membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah di rumah atau di klinik dengan pengawasan doktor. Berdasarkan kajian, ada dua cara memberi insulin yang terbukti selamat sewaktu Ramadan iaitu:
•  Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka puasa dan sebelum sahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur
•  Dua kali suntikan insulin: satu dos insulin sudah dicampur ketika berbuka yang sama dengan dos waktu pagi ketika tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur
Pada permulaan bulan puasa, tahap glukos dalam darah perlu dikaji pada waktu berikut:
•  Sebelum makan sahur
•  Antara tiga hingga empat jam kemudian
•  Sebelum berbuka puasa
•  Antara tiga hingga empat jam kemudian
  Apabila pesakit mengetahui tahap gula, perubahan terhadap dos insulin dapat dilakukan
Panduan tambahan
Dr Nor Azmi berkata pesakit yang memerlukan insulin jika tahap glukos terlalu tinggi, perlu membuat ujian ketone dalam kencing atau darah untuk mengelak koma diabetik keoasidosis.
Katanya, berat badan sebelum berpuasa juga mesti diambil dan jika ada penambahan dua kilogram, pesakit perlu segera berjumpa doktor.
“Sebaik-baiknya, berat badan diambil pada waktu pagi. Jika kekurangan melebihi tiga peratus, pesakit mesti berbuka kerana ada kemungkinan kekurangan air boleh membahayakan.
“Pesakit juga perlu mengambil air secukupnya sewaktu bersahur dan perlu juga mengambil air sebelum tidur, malah jika pesakit bangun untuk buang air, hendaklah disusuli minuman secukupnya selain mengelak mengambil air manis serta berkarbonat,” katanya.
 Kesimpulan
Kajian menunjukkan pesakit diabetes yang berpuasa pada Ramadan dengan pengawasan yang baik adalah selamat. Paling penting adalah menjaga pemakanan ketika berbuka, mesti bersahur, perubahan pada insulin dan peka terhadap tanda hipoglisemia. Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...