Air mata boleh kesan kencing manis / diabetes

 

MICHIGAN – Pesakit kencing manis atau dia­betes mungkin tidak lagi perlu khuatir untuk menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit itu kerana kumpulan saintis telah menemui kaedah baru yang tidak menyakitkan iaitu dengan menggunakan air mata.

Sebelum ini, pesakit diabetis perlu mencucuk hujung jari sebanyak dua hingga 10 kali sehari bagi mendapatkan sampel darah untuk mengesan tahap kandungan gula mereka. Tetapi kini, penyelidik di Universiti Michigan telah mencipta alat pengesan paras gula dalam darah hanya dengan menggunakan sampel air mata pesakit diabetes.

Kumpulan pakar perubatan juga mendakwa kaedah ini lebih selamat dan kurang berisiko untuk terdedah kepada jangkitan serta memberi keselesaan kepada pesakit kerana mereka tidak lagi berasa sakit akibat penggunaan jarum dalam tempoh terlalu kerap. Sumber Sinar Harian.

AAP - Payah juga nak nangis sokmo kalau nak pergi check diabetes nanti : ) Dah lama tak nangis... air mata dah kering gamaknya :(

http://akuanakpahang.blogspot.com/2011/11/air-mata-boleh-kesan-diabetes.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...