Penawar Kencing Manis Keluaran Syarikat MLM?


Malaysia sudahpun popular dengan beratus-ratus syarikat jualan langsung atau MLM yang wujud setiap tahun. Kebanyakannya hanya beroperasi untuk 2 – 5 tahun dan akan lingkup selepas mengaut keuntungan daripada member-member.

Satu taktik yang kerap digunakan oleh syarikat-syarikat penyangak ini untuk tarik perhatian orang ramai adalah dengan macam-macam testimoni-testimoni yang mengatakan betapa hebat produk kesihatan mereka. Terdapat juga berani mengatakan bahawa produk mereka boleh menyembuhkan macam-macam penyakit, termasuk kencing manis.

Wakil-wakil jualan MLM yang tiada latar belakang perubatan ini biasanya berlagak macam pakar perubatan dan mengatakan produk herbal syarikat mereka boleh digunakan sebagai penawar kencing manis yang menggantikan ubat Kencing Manis daripada klinik.

Terdapat pesakit yang buta-buta percayakan “Pakar MLM” ini dan berhenti terus pengambilan ubat harian sehingga menyebabkan keadaan penyakit menjadi semakin teruk!

Kini adalah zaman teknologi informasi, kami tidak perlu lagi dengar cerita kelentong member-member MLM. Kalau ada apa-apa yang tidak tahu… Google atau Yahoo!!

Begitu juga dengan nasihat daripada para doktor yang berlesen. Anda perlu faham bahawa doktor bukan Superman yang tahu semua isu kesihatan. Selain daripada buta-buta percaya nasihat mereka dan telan macam-macam ubat yang diberi tu. Anda patut ambil inisiatif untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyakit yang anda sedang alami tu.

http://penawarkencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...