Penawar Kencing Manis Yang Membunuh!


Ratusan pesakit kencing manis di Perancis meninggal dunia akibat daripada memakan penawar kencing manis yang turut dikatakan mempunyai kelebihan melangsingkan badan. Berita ini merupakan laporan rahsia daripada satu syarikat insurans kesihatan France.

Ubat kencing manis yang bernama Mediator itu boleh membawa kesan sampingan terhadap jantung dan menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. Selain daripada negara France, penawar kencing manis tersebut turut dipasarkan di Portugal, Cyprus, dan German. Kini, ubat kencing manis tersebut telahpun ditarik dari semua pasaran kesihatan ekoran daripada ancaman kesihatan terhadap pengguna.

Pihak kerajaan negara Perancis akan mengenakan hukuman undang-undang terhadap pembuat ubat tersebut. Sebelum ini, syarikat tersebut turut pernah memberhentikan penjualan satu ubat kencing manis yang bernama Isomeride yang juga boleh menimbulkan masalah tekanan darah.

http://penawarkencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...